Video doa kutuk pemimpin dalam muktamar PAS oleh perwakilan BANGANG? | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Jumaat, September 19, 2014

Video doa kutuk pemimpin dalam muktamar PAS oleh perwakilan BANGANG?

Sangat-sangat tak elok untuk maruah PAS khasnya dan juga maruah orang Islam amnya bila gunakan kaedah doa cara BANGANG macam tu. Kalau tak setuju pun berbahas la secara matang, gunakan platform perbahasan tu dengan berhujah,

Malaysiakini melaporkan:
Seorang perwakilan di Muktamar PAS mengambil peluang dalam ucapannya untuk membacakan doa yang mengutuk pemimpin parti – termasuk timbalan presiden Mohamad Sabu dan dua ADUN parti itu di Selangor.

Dua ADUN yang disasarkan oleh wakil PAS Wilayah Persekutuan, Azhari Ariffin itu ialah Saari Sungib (Hulu Kelang) dan Hasnul Baharuddin (Morib). - Mkini.
Juga dilaporkan:
Dalam doanya sepanjang 25 minit itu, Azhari memanjatkan doa agar Mohamad Sabu tidak akan mengeluarkan kenyataan bertentangan dengan presiden, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Beliau juga berkata Saari dan Hasnul ibarat ejen perosak dalam parti itu, dengan memetik perumpamaan “nila setitik yang merosakkan susu sebelanga”.

“Sekarang kita ada dua nila – satu Cap Hulu Kelang dan satu Cap Morib, mereka nila yang sangat beracun,” katanya dalam doa itu sambil menadah tangan.

"Ambil tindakan displin kepada dua titik nila ini... Mereka yang khianat akan binasa,” katanya lagi - Ibid.
Aku bertambah tak faham la dengan golongan yang konon 'nak pertahankan Presiden' ni. Kalau masa Muktamar Pemuda ada lebih kurang 50 orang perwakilan beraksi BANGANG keluar masa Timbalan Presiden baru nam sampaikan Ucapan Perasmian, masa Muktanar PAS Pusat pulak lagi dahsyat BANGANGnya.

Sangat-sangat tak sesuai lagi bangang gunakan platform perbahasan dengan berdoa kutuk pimpinan. Sangat-sangat tak elok untuk maruah PAS khasnya dan juga maruah orang Islam amnya bila gunakan kaedah doa cara BANGANG macam tu. Kalau tak setuju pun berbahas la secara matang, gunakan platform perbahasan tu dengan berhujah,

Malaysiakini juga melaporkan:
Doanya yang meleret-leret sehingga lebih 25 minit itu memaksa pengerusi tetap muktamar, Abu Kassim Abdullah mengulangi peringatan agar beliau menamatkan ucapan.

Ia turut menimbulkan kemarahan wakil Kuala Kedah, Ridzwan Abu Bakar, yang meluru ke pentas dan menuntut agar tindakan dikenakan ke atas Azhari.

Beliau meminta pengerusi tetap mengeluarkan ketetapan sama ada tindakan membaca doa yang mengutuk orang lain dalam parti itu boleh dibenarkan dalam persidangan.

Beliau meminta pengerusi tetap mengeluarkan ketetapan sama ada tindakan membaca doa yang mengutuk orang lain dalam parti itu boleh dibenarkan dalam persidangan.

"Saya minta pengerusi tetap membuat ketetapan, menghentam pemimpin dalam doa. Apakah ini akhlak dalam jamaah Islam?

"Dan kawan-kawan wartawan yang bukan Islam, masing-masing tertanya apakah ini agama yang diajar dalam Islam.

"Kenapa kita perlu mempergunakan agama? Datangkan hujah sepatutnya," katanya sebelum seorang anggota Unit Amal muncul dan turut mematikan mikrofon tersebut. - Ibid.
Tahniah untuk  perwakilan dari Kuala Kudah Ust Ridwan Abu Bakar yang bertindak balas.



Nota kaki makan cekam:  Tanpa memang prejudis

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...