Pasai apa tunggu sampai ke muktamar baru nak dedahkan dalam muktamar. Bangang apa dok tunggu sampai habis separuh penggal baru nak perbetul pemilihan Pemuda PAS yang tak sah.
TheMalsianInsider melaporkan:
Muktamar Pemuda PAS ke-55 di Kota Tinggi, Johor malam ini kecoh apabila beberapa perwakilan membangkitkan isu pemilihan PAS tahun lalu tidak sah kerana beberapa kawasan di Johor tidak diiktiraf dan perwakilannya dibenarkan mengambil bahagian dalam pengundian
Antara kawasan yang dibangkitkan perwakilan Pemuda PAS dari Shah Alam itu adalah Sembrong, Pengerang, Labis, dan Kulai. - TMI.
Aku mushkil sungguh, takkan perwakilan Pemuda PAS dari Shah Alam BANGANG sampai tara tu. Untuk apa perkara macam ni sampai di bawa ke dalam muktamar.
Kalau betul memang ada perwakilan tak sah sepatutnya buat laporan rasmi kepada JKK PAS Pusat supaya disiasat dan diambil tindakan. Pasai apa tunggu sampai ke muktamar baru nak dedahkan dalam muktamar. Bangang apa dok tunggu sampai habis separuh penggal baru nak perbetul pemilihan Pemuda PAS yang tak sah.
Kalau perlu diadakan pemilihan semula, aku yakin JKK PAS Pusat akan mengarahkan Dewan Pemuda adakan Mesyuarat Agung Khas untuk buat pemilihan semula dan mungkin juga ada Muktamar Agung Khas PAS Pusat kalau perlu diadakan pemilihan semula di peringkat PAS Pusat.
Taktau la pulak kalau laporan macam tu dah dibuat tapi JKK PAS Pusat langsung tak ambil apa-apa tindakan.
Lagi satu, persepsi aku, perwakilan yang timbulkan isu ni aku rasa bukan sangat pasai sayangkan PAS, takut PAS diharamkan tapi aku rasa lebih kepada sebab tak setuju dengan Shuhaizan Kayat sebagai Ketua Pemuda yang dilihat tak sehaluan dengan depa yang kononnya 'nak mempertahankan Presiden dan Majlis Syura Ulama'.
Mungkin depa rasa depa dah tersilap, sepatutnya depa jolok Ust Khalil anak TG Presiden sebagai calon Ketua Pemuda hari tu bukannya Kamaruzzaman yang akhirnya kalah kepada Shuhaizan.
Kalau betul persepsi aku maknanya depa sebenarnya BANGANG bertingkat-tingkat, dah la bangang lepas tu buat kerja pulak supaya orang tau betapa bangangnya depa tu.
Apa jaminan kalau diadakan pemilihan semula Shuhaizan akan kalah jawatan Petua Pemuda dalam keadaan cuma kira-kira 50 orang saja perwakilan yang keluar dewan masa Ucapan Perasmian Muktamar Agung Dewan Pemuda oleh Mat Sabu semalam.
Nota kaki makan cekam: Tanpa memang prejudis