Wakil Pemuda kena boo walaupun sekadar tegur Setiausaha Politik TG Presiden? | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Jumaat, September 19, 2014

Wakil Pemuda kena boo walaupun sekadar tegur Setiausaha Politik TG Presiden?

Malah ada yang kata TG Presiden saja ponteng mesyuarat Pakatan Rakyat tu sebab takut nak berdepan dengan pemimpin PKR dan DAP.

Malaysiakini melaporkan:
Susulan rungutan terhadap Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang tidak hadir dalam beberapa kali mesyuarat Pakatan Rakyat, perwakilan Pemuda PAS Malaysia menegur 'pemegang diari' beliau.

Mohd Sany Hamzan berkatanya hal demikian penting bagi membolehkan Abdul Hadi hadir dalam mesyuarat Pakatan untuk membuat "keputusan penting" demi memperkukuhkan gabungan parti pembangkang itu. - Mkini
Aku cukup bersetuju dengan teguran pembahas dari Dewan Pemuda ni. Nampak sangat tak cantik bila keputusan yang dibuat dalam Mesyuarat Majllis Presiden yang diwakili oleh Timbalan Presiden dan beberapa JKK PAS Pusat tiba-tiba Presiden PAS yang tak hadir buat kenyataan umum tak setuju dengan keputusan tu.

Bermacam-macam persepsi negatif boleh timbul bila jadi keadaan macam tu. Macam-macam persepsi yang aku jumpa dalam ditimbulkan dalam media sosial

Ada yang kata Presiden PAS tak faham konsep syura, ada yang kata Timbalan Presiden PAS tak berkeupayaan bawa suara Presiden dan JKK PAS Pusat malah ada yang kata TG Presiden saja ponteng mesyuarat Pakatan Rakyat tu seba takut nak berdepan dengan pemimpin PKR dan DAP.

Walaupun bagaimana pun, wakil Sani Hamzan cuba bersikap lunak, tak hentam Presiden secara terus tapi menghentam orang 'yang jaga diari presiden' yang aku yakin dia maksudkan Setiausaha Politik Presiden.

Juga dilaporkan:
"Mutakhir ini ketidakhadiran presiden kita dalam dua atau tiga kali mesyuarat Pakatan. Yang jaga diari presiden kena jaga betul-betul. Tengok betul-betul.

"Kalau ditulis mesyuarat Pakatan, jangan (ada pertindihan) dengan program lain.

"Kalau sudah mesyuarat Pakatan itu penting, kita mahu pimpinan kita, Tuan Guru Presiden (kanan) untuk sama-sama buat keputusan penting dalam mesyuarat Pakatan Rakyat," katanya tanpa merujuk isu yang terbabit.

"Setuju atau tidak," katanya ketika membahaskan ucapan dasar presiden dan kemudiannya sambil disambut segelintir perwakilan yang melaungkan "setuju". - Ibid.
Tapi kalau dengar suasana masa ucapan dia tu, lebih lantang suara perwakilan yang tak setuju dengan teguran wakil Dewan Pemuda secara terbuka tu.

Kalau ikuti muktamar secara dekat memang tak heran kalau dia kena boo, pasainya memang ada ramai perwakilan yang secara terang-terang marah kepada pemimpin dan ahli PAS yang dilihat menghentam Presiden.

Malaysiakini juga melaporkan:
Bagaimanapun terdapat suara daripada pemerhati yang melaungkan beliau 'turun' dan mengebunya.
Apa pun, aku yakin ramai perwakilan Mesyuarat Dewan Pemuda PAS dari kawasan-kawasan termasuk majoriti dari kalangan JKK Dewan Pemuda sendiri tak puas hati dengan ucapan bahas dari wakil Dewan Pemuda atas alasan 'tidak mewakili dan menggambarkan hasrat sebenar pemuda.

Terutama sekali dari kalangan ahli dan penyokong kumpulan 'UG50' yang keluar dari Dewan Muktamar Pemuda masa Mat Sabu baru mula bagi Ucapan Perasmian.

Nota kaki makan cekam:  Tanpa memang prejudis

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...