Suhaizan terpaksa 'cuci' kenyataan 'pelik' Naib Ketua Pemuda PAS nak keluar Pakatan | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Isnin, September 29, 2014

Suhaizan terpaksa 'cuci' kenyataan 'pelik' Naib Ketua Pemuda PAS nak keluar Pakatan

Kenyataan pelik Khairil kata PAS nak keluar dari PR tu bertentangan dengan stail yang Suhaizan Kayat cuba bawa, stail 'Politik Damai, Politik Budiman'. Takkan Khairil saja nak sabotaj Suhaizan kut.

Harakahdaily melaporkan:
Ketua Pemuda PAS Malaysia Suhaizan Kaiat mengingatkan semua pihak mengelak dari memulakan atau bertindakbalas terhadap kenyataan yang boleh meretakkan hubungan dalam Pakatan Rakyat (PR).

"Saya menasihatkan diri saya dan pimpinan PAS serta PR agar mengelakkan memulakan atau bertindakbalas terhadap kenyataan yang boleh meretakkan hubungan dalam PR. - Hrkh.
Juga dilaporkan:
Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Naib Ketua Pemuda PAS, Ir Khairil Nizam Khiruddin berhubung keluar PR yang dilaporkan media.

Sambil menafikan laporan itu, Suhaizan berkata kenyataan Khairil itu bukanlah bertujuan untuk PAS keluar daripada PR.

"Niat beliau yang sebenar adalah untuk mengelakkan tekanan-tekanan kepada PAS sehingga PAS bertukar fikiran.

"Keadaan ini akan menghampakan rakyat Malaysia," katanya. - Ibid.
Aku sebenarnya sungguh tak faham macamana kenyataan macam tu boleh keluar dari mulut Ir. Khairil Naib Ketua Pemuda PAS Malaysia. Nampak cukup janggal dan sangat tak sesuai.

Sinarharian melaporkan:
“Biasalah bergabung ini ada orang degil dan tidak. Sejauh mana kesabaran kita dan saya yakin dan percaya, telah tiba masanya untuk kami keluar dari PR, kami akan keluar.
“Biasanya yang buat...yang kita katakan, yang ‘degil’ ini pada pendapat saya adalah daripada rakan-rakan kita. Tapi itulah kesabaran. Pas sebagai parti yang lama sepatutnya sabarlah.

“Ketegasan kami ialah kalau perlu rasanya untuk kami keluar, kami akan keluar. Tapi sekarang ini bukan masanya. Kami tetap setia dengan PR dan Umno berhati-hati, kami berada di Putrajaya, insya-ALLAH,” katanya. - Sinarharian.
Lebih lagi tak sesuai dan menghairankan aku bila kenyataan tu keluar pada 24 September 2014, hari mengundi PRK Pengkalan Kubur.

Secara tersuratnya aku memang cukup setuju dengan bunyi kenyataan Khairil tu tapi perlukah kenyataan macam tu diucapkan.

Tambah-tambah tak sesuai kenyataan pelik Khairil kata PAS nak keluar dari PR tu bertentangan dengan stail yang Suhaizan Kayat cuba bawa, stail 'Politik Damai, Politik Budiman'. Takkan Khairil saja nak sabotaj Suhaizan kut.

Yang sahehnya, nampak jelas kenyataan Khairil tu mengundang masalah yang lebih besar kepada PAS PAS semakin dikecam dan semakin 'dibuli' malah sampai tahap Pemuda DAP Sarawak isytihar tamatkan kerjasama dengan PAS.

Apa pun, harap-harap usaha Suhaizan untuk 'cuci' kenyataan pelik Khairil ni berjaya.

Harakahdaily juga melaporkan:
Ekoran itu kata Suhaizan, beliau telah menghubungi Ketua DPSY Malaysia dan Ketua AMK Malaysia untuk mempertemukan Naib Ketua Pemuda PAS Malaysia dan Ketua DAPSY Sarawak untuk menyelesaikan salah faham yang berlaku.

"Saya mempertegaskan bahawa Pemuda PAS tetap akan bersama dengan PR seperti diputuskan oleh muktamar 2008," tegasnya. - Ibid.
Berkaitan

Nota kaki makan cekam:  Tanpa memang prejudis

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...