Apa akan jadi jika Lembaga Disiplin PAS pecat Adun Hulu Kelang dan Morib? | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Isnin, September 29, 2014

Apa akan jadi jika Lembaga Disiplin PAS pecat Adun Hulu Kelang dan Morib?

Aku malas nak membayangkan apa senario 'aksi-aksi yang kita tak mau tengok' yang mungkin berlaku dan aku harap sangat kita tak berpeluang tengok aksi-aksi tu kalau lembaga disiplin tak pecat Adun Hulu Kelang dan Morib tu.

Malaysiakini melaporkan:
Dua wakil rakyat PAS menyokong Datuk Seri Wan Azizah Ismail sebagai menteri besar Selangor sebelum partinya membuat pendirian sebelum ini akan berdepan lembaga disiplin esok.

Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Hulu Kelang Saari Sungib memberitahu Malaysiakini bahawa beliau dan Hasnul Baharuddin (Morib) telah dipanggil menjelaskan tindakan mereka itu. - Mkini.
Walaupun pada aku tindakan lembaga disiplin ni dah agak terlewat tapi elok la panggil 2 Adun PAS tu sekarang dari tak panggil langsung.

Malaysiakini juga melaporkan:
Saari yang menerima sambutan wira daripada DAP ekoran tindakannya itu bagaimanapun menegaskan tidak akan keluar daripada PAS.

“Kalau jawatankuasa (disiplin) itu adil, berilmu dan objektif, tidak dipengaruhi selain daripada untuk menegakkan keadilan dan kebenaran, saya akan tetap jadi ahli (PAS),” katanya.

Bagaimanapun, katanya, jika takdirnya beliau dipecat, beliau berazam akan terus bersama Pakatan dan menjadi ahli politik tanpa parti.

“Parti saya Pakatan Rakyat,” katanya.

Sementara itu, Hasnul sebelum ini berseloroh bahawa beliau masih boleh bertanding menggunakan lambang DAP.

Beliau bagaimanapun menegaskan tiada hasrat langsung melompat parti. - Ibid.
Aku yakin keputusan lembaga disiplin tu semua orang dah boleh agak, 2 Adun tu tentu punya akan didapati bersalah.

Akan nampak pelik sangat kut kalau tiba-tiba lembaga disiplin boleh buat keputusan depa berdua tak bersalah sedangkan Presiden Parti dah 'belasah' depa dua 'secara rasmi' dalam ucapan penggulungan Muktamar PAS Pusat kali yang ke 60 minggu lepas.

Cuma mungkin bentuk hukuman saja kut yang belum tau lagi, mungkin digantung ataupun tak mustahil jugak depa berdua dipecat dari parti.

Apa pun, aku mengharapkan lembaga disiplin PAS cuma bagi amaran keras dan menggantung keahlian Adun Hulu Selangor dan Morib tu bukan pecat depa berdua.

Kalau depa berdua dipecat aku takut akan bagi lebih besar 'damage' kepada PAS dan juga kepada Pakatan Rakyat kalau tercetus lagi banyak 'aksi-aksi yang kita tak mau tengok'.

Aku malas nak membayangkan apa senario 'aksi-aksi yang kita tak mau tengok' yang mungkin berlaku dan aku harap sangat kita tak berpeluang tengok aksi-aksi tu kalau lembaga disiplin tak pecat Adun Hulu Kelang dan Morib tu.

Kalau depa berdua sekadar diberi amaran keras dan digantung keahlian, depa berdua tu masih 'terikat' dengan PAS. Kalau betul depa berdua masih setia dengan PAS depa perlu buktikan kesetiaan depa tu dengan perbuatan.

Kalau lepas dihukum macam tu pun depa buat lagi 'aksi barua' masa tu memang patut PAS pecat depa berdua tu dan harap-harap masa tu persepsi akan lebih menyebelahi PAS.

Kalau lembaga disiplin 'terpaksa' jugak memecat 2 Adun tu aku harap lembaga disiplin boleh keluarkan 'Penghakiman Bertulis' supaya mudah orang macam aku untuk faham dan bersetuju dengan tindakan lembaga disiplin tu.

Nota kaki makan cekam:  Tanpa memang prejudis

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...