Kes 2 Adun 'barua': Layak ka Mustafa Ali buat siasatan? | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Selasa, September 30, 2014

Kes 2 Adun 'barua': Layak ka Mustafa Ali buat siasatan?

Sepatutnya kes yang panas macam kes 2 Adun 'barua' ni diserahkan terus kepada lembaga disiplin untuk jalankan tugas depa. Biar lembaga disiplin yang ambil keterangan, buat siasatan, tentukan samada ada kes atau tidak.

Kredit imej: themalaymailonline
Harakahdaily melaporkan:
Keputusan sama ada menyerahkan kepada Lembaga Disiplin atau tidak berhubung dua Adun PAS Selangor hanya akan diputuskan oleh Jawatankuasa PAS Pusat.

Setiausaha Agung PAS DatukMustafa Ali berkata, perkara itu akan dibincangkan pada Mesyuarat PAS Pusat akan datang. - Hrkh.
Harakahdaily juga melaporkan:
Semalam beliau mengadakan pertemuan berasingan dengan dua Adun terbabit iaitu Saari Sungib (Hulu Klang) dan Hasnul Baharuddin (Morib), di Pejabat Agung PAS.

Kedua-dua mereka dipanggil Setiausaha Agung PAS berhubung tindakan mereka dalam isu menandatangani akuan bersumpah (SD) menyatakan sokongan kepada Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai calon Menteri Besar.

Turut serta dalam pertemuan itu, Penolong Setiausaha Agung Datuk Takiyuddin Hassan.

Menurut Mustafa, kedua-dua mereka diminta hadir semalam bagi menjelaskan tindakan yang telah dibuat mereka sebelum ini. - Ibid.
Aku nampak macam tak sesuai kes ni Setiausaha Agung yang uruskan. Nasib baik la dalam pertemuan tu ada sana Penolong Setiausaha, kalau tidak lagi la nampak mengarut.

Bab kita percaya dan yakin atau tidak kepada Setiausaha Agung itu isu lain tapi bila dalam kes yang dapat publisiti yang cukup hebat ni pada aku tak sepatutnya Setiausaha Agung yang jadi 'pegawai penyiasat' ambil statement dari tertuduh.

Dalam situasi macam-macam persepsi termasuk ke atas Setiausaha Agung sendiri sangat tak sesuai Setiausaha Agung yang jadi 'pegawai penyiasat' walaupun aku percaya Setiausaha Agung akan bertindak adil tapi apa jaminan rumusan siasatan tu dipandang adil, lepas tu pulak JKK PAS Pusat pulak yang tentukan nak serah kepada lembaga disiplin atau tidak.

Sepatutnya kes yang panas macam kes 2 Adun 'barua' ni diserahkan terus kepada lembaga disiplin untuk jalankan tugas depa. Biar lembaga disiplin yang ambil keterangan, buat siasatan, tentukan samada ada kes atau tidak.

Kalau sampai kes macam ni pun JKK PAS Pusat jugak yang nak buat keputusan apa guna ditubuhkan lembaga disiplin.

Dan kalau ada kes biar lembaga disiplin yang kendalikan perbicaraan dan jatuhkan hukuman kalau didapati 2 Adun tu bersalah. Biar PAS dilihat ada ketelusan dan lembaga disiplin ada integriti dan bertaring dalam PAS.

Lagi satu antara punca utama 2 Adun tu buat tindakan sendiri sebab kegagalan JKK PAS Pusat buat keputusan segera dan tetap. Sangat tak sesuai dan boleh bawa fitnah kalau kes depa ni diputuskan oleh JKK PAS Pusat.

Aku cukup heran, dalam keadaan persepsi JKKK PAS Pusat yang tak berapa elok termasuk di mata sebahagian ahli dan pemimpin PAS sendiri pasai apa nak tambah lagi reba, nak tambah lagi ruang untuk ujud fitnah?

Nota kaki makan cekam:  Tanpa memang prejudis

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...