Kuasa veto Presiden : Ulasan peguam muda PAS 'pengkhianat' | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Isnin, September 08, 2014

Kuasa veto Presiden : Ulasan peguam muda PAS 'pengkhianat'

Malah lebih teruk yang mengizinkan PAS melanggar dasar ISLAM yang diperjuangkan PAS ialah Majlis Syura Ulama' yang ditubuhkan sebagai pemandu agar PAS tidak tergelincir daripada dasar ISLAM PAS

Sebelum ni aku salin tampal artikel yang dikeluarkan oleh laman rasmi PAS yang bertajuk "Majlis Syura Ulama ujudkan kuasa veto dalam PAS?" yang kata Majlis Syura dah mentafsir Perlembagaan PAS dan bagi kuasa veto kepada Presiden dan semua ahli PAS terutama sekali JKK PAS Pusat bukan saja wajib setuju tapi wajib sokong tanpa soal.

Kat bawah ni pulak aku salin tampal ulasan dari kacamata peguam Muda PAS yang dah mula ramai pentaksub dalam PAS label dia sebagai 'pengkhianat' dan macam-macam gelaran buruk.
KETUA - MERUNGKAI KEPUTUSAN MAJLIS SYURA ULAMAK PAS BERTARIKH 7 SEPTERMBER 2014.

Majlis Syura Ulamak (MSU) dalam kenyataannya bertarikh 7/9/2014 dalam menggunakan kuasanya di bawah Fasal 8(1)(a) Perlembagaan PAS telah menegaskan bahawa Presiden PAS mempunyai kuasa pemutus dalam apa jua perkara yang melibatkan kepentingan parti berdasarkan fasal 26(1)(a) yang menyatakan bahawa presiden bertanggungjawab sebagai ketua bagi melaksanakan pentadbiran, gerakan dan kegiatan PAS.

MSU mentafsirkan perkara tersebut berpandukan kepada sebuah hadith Rasulullah SAW yang bermaksud :

"Hendaklah kalian dengar dan taat, meski pun yang menjadi ketua di kalangan kalian seorang hamba berbangsa

Habsyi"Seterusnya MSU menegaskan bahawa adalah menjadi kewajipan Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat untuk menjalankan tugas dan arahan-arahan oleh Presiden sebagaimana yang diperuntukkan dalam fasal 26(9)(m).

Tafsiran MSU berkaitan Fasal 26(1)(a) tersebut adalah jauh tersasar daripada semangat Perlembagaan PAS malah bertentangan langsung dengan anjuran Islam yang menjadi dasar PAS yang amat menekankan konsep SYURA di dalam jemaah.

Jika MSU mentafsirkan Fasal 26(1)(a) sebagai kuasa veto Presiden dalam membuat keputusan tanpa perlu melalui SYURA Jawatankuasa kerja PAS Pusat (JKPP) maka ianya suatu yang amat merbahaya kepada jemaah Parti Islam Semalaysia (PAS)

Kenapa ianya amat merbahaya? Jawapannya kerana ia membuka ruang kepada konsep diktator di semua peringkat parti.Peruntukkan Fasal 26(1)(a) adalah sama seperti peruntukkan-peruntukkan berikut :-
a) Fasal 46(1)(a) iaitu kuasa Ketua Dewan Ulamak Pas Pusat,
b) Fasal 54(1)(a) iaitu kuasa Ketua Pemuda PAS Pusat,
c) Fasal 66(1)(a) iaitu kuasa Ketua Muslimat Pas Pusat ,
d) Fasal 58(1)(a) iaitu kuasa Ketua Pemuda Pas Negeri; dan
e) Fasal 74(1)(a) iaitu kuasa Ketua Dewan Muslimat Pas Negeri.

Fasal 26(1)(a) menyebut :

(1) Presiden
(a) Bertanggungjawab sebagai ketua bagi melaksanakan pentadbiran, gerakan dan kegiatan PAS bagi mencapai tujuan-tujuan yang termaktub dalam Perlembagaan ini mengikut dasar yang diperuntukannya dan yang diputuskan oleh mana-mana badan yang diberi kuasa oleh Perlembagaan ini bagi menghurai, menjelas dan mentafsirkan dasar PAS serta membuat ketetapan-ketetapan mengenainya.

Fasal 46(1)(a) menyebut seperti berikut :-
(1) Ketua
(a) Bertanggungjawab mengetuai kesempurnaan perjalanan pentadbiran, gerakan dan kegiatan Dewan ‘Ulamak PAS dalam negara ini.

Fasal 54(1)(a) seperti berikut :-
(1) Ketua
(a) Bertanggungjawab mengetuai kesempurnaan perjalanan pentadbiran, gerakan dan kegiatan Dewan Pemuda PAS dalam negara ini

Fasal 66(1)(a) menyebut :-
(1) Ketua
(a) Bertanggungjawab mengetuai kesempurnaan perjalanan pentadbiran gerakan dan kegiatan Dewan Muslimat PAS dalam negara ini.

Begitu juga peruntukkan Fasal-fasal berkaitan bidangkuasa kerja Ketua Pemuda Negeri dan Kawasan serta Ketua Muslimat negeri dan Kawasan seperti yang disebut di Fasal 58(1)(a), Fasal 62(1)(a), Fasal 70(1)(a) dan Fasal 74(1)(a).

Semua ketua-ketua badan-badan di dalam PAS samada Jawatankuasa Pas Pusat, Dewan Ulamak Pas Pusat, Dewan Pemuda PAS Pusat, Dewan Pemuda PAS Negeri, Dewan Pemuda PAS Kawasan, Dewan Muslimat PAS Pusat, Negeri dan Kawasan adalah sama iaitu "BERTANGGUNGJAWAB MENGETUAI PERJALANAN PENTADBIRAN, GERAKAN DAN KEGIATAN PAS DAN BADAN MASING-MASING."

Presiden bertanggungjawab mengetuai pentadbiran, gerakan dan kegiatan PAS, manakala ketua-ketua badan lain bertanggungjawab mengetuai pentadbiran, gerakan dan kegiatan badan-badan masing-masing.

Sekiranya MSU memutuskan bahawa Fasal 26(1)(a) sebagai kuasa Presiden secara sendiri tanpa perlu merujuk kepada mesyuarat maka perkara yang sama boleh dilakukan oleh semua ketua badan-badan di dalam PAS. Semua Ketua samada Ketua Pemuda PAS Pusat, Negeri dan Kawasan, Ketua Muslimat PAS Pusat, Negeri dan Kawasan mempunyai hak yang sama iaitu boleh bertindak sendirian tanpa melalui mesyuarat dan ketua-ketua ini boleh mengarahkan semua AJK di bawah mereka supata dengar dan taat kepada mereka kerana merekalah "ketua" di kalangan mereka walaupun ketua itu dari hamba berbangsa habsyi.

Adakah ini yang dimahukan oleh MSU apabila mengeluarkan pentafsiran tersebut? Jika ya, maka konsep SYURA di dalam PAS sudah tidak perlu dan PAS telah melanggar dasar ISLAM PAS sendiri. Malah lebih teruk yang mengizinkan PAS melanggar dasar ISLAM yang diperjuangkan PAS ialah MSU yang ditubuhkan sebagai pemandu agar PAS tidak tergelincir daripada dasar ISLAM PAS.

KEMBALILAH KEPADA PERLEMBAGAAN PAS YANG MELETAKKAN AL-QURAN, SUNNAH, IJMAK DAN QIAS SEBAGAI PANDUAN KITA SEMUA.

Zulhazmi Shariff
8 September 2014 - Facebook

Nota kaki makan cekam:  Tanpa memang prejudis

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...