Majlis Syura Ulama tafsirkan Perlembagaan PAS: Ketua Caw pun ada kuasa Veto? | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Isnin, September 08, 2014

Majlis Syura Ulama tafsirkan Perlembagaan PAS: Ketua Caw pun ada kuasa Veto?

Bila MSU bagi kuasa veto kepada 'ketua' ni, adakah bermaksud bukan setakat Presiden PAS ada kuasa veto tapi juga ketua-ketua PAS di semua peringkat termasuk Yang Dipertua Kawasan dan Ketua Cawangan.

Macam yang tertulis dalam Perlembagaan PAS, Majlis Syura Ulama memang dibagi kuasa untuk mentafsir Perlembagaan PAS.

Dan memang sesuai sangat dalam keadaan ramai yang mula menggunakan klaus-klaun dalam Perlembagaan PAS untuk hentam aksi Presiden PAS, Majlis Syura memang sepatutnya tampil menjelaskan atau mentafsirkan Perlembagaan PAS untuk meredakan keadaan dan menyelesaikan sebarang konflik yang timbul.
Kat bawah ni aku salin tampal artikel penuh yang laman web rasmi PAS siarkan:
Majlis Syura Ulamak PAS yang bersidang hari ini membuat keputusan bahawa Presiden PAS mempunyai kuasa pemutus dalam apa jua perkara melibatkan kepentingan parti.

Dalam satu kenyataan kepada Harakahdaily, mereka berkata ia merujuk kepada berdasarkan Fasal 26 (1) (a) yang menyatakan bahawa Presiden bertanggungjawab sebagai ketua bagi melaksanakan pentadbiran, gerakan dan kegiatan PAS.

Majlis Syura Ulamak juga memutuskan bahawa adalah menjadi kewajipan Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat untuk menjalankan tugas dan arahan-arahan oleh Presiden sebagaimana diperuntukkan dalam Fasal 26(9)(m).

Dengan merujuk kepada Perlembagan PAS, Fasal 8 (1) (a), yang memberikan kuasa kepada Majlis Syura Ulamak untuk menjelas, menghurai dan menafsirkan Perlembagaan PAS, maka mesyuarat Majlis Syura Ulamak yang bersidang pada Ahad, 7 September 2014, membuat keputusan bahawa:

1) Presiden mempunyai kuasa pemutus dalam apa jua perkara yang melibatkan kepentingan parti berdasarkan Fasal 26 (1) (a) yang menyatakan bahawa Presiden bertanggungjawab sebagai ketua bagi melaksanakan pentadbiran, gerakan dan kegiatan PAS.

Ketua yang dimaksudkan di dalam fasal tersebut mestilah difahami seperti mana disebutkan di dalam Hadis Nabi 

اسمعو واطيعوا ولو تأمر عليكم عبد حبشي
"Hendaklah kalian dengar dan taat, meskipun yang menjadi ketua di kalangan kalian seorang hamba berbangsa Habsyi."

2) Bahawa menjadi kewajipan Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat untuk menjalankan tugas dan arahan-arahan oleh Presiden sebagaimana diperuntukkan dalam Fasal 26(9)(m).

Majlis Syura Ulamak menyeru kepada semua ahli dan penyokong PAS, agar bertenang dan tidak membuat sebarang spekulasi negatif yang boleh merugikan perjuangan Islam.

- HARAKAHDAILY 7/9/2014 - pas.org.my
Aku memang takdak asas langsung dalam bab perundangan macam perlembagaan ni tapi satu benda yang aku risau bila MSU bagi kuasa veto kepada 'ketua' ni, adakah bermaksud bukan saja kuasa veto kepada Presiden tapi juga ketua-ketua dia peringkat lain termasuk Yang Dipertua Kawasan dan Ketua Cawangan.

Ataupun mungkin jugak Pengerusi Tetap cawangan macam aku ni pun ada kuasa veto macam tu. Kalau betul macam tu aku langsung tak heran kalau lepas ni akan timbul masalah besar nanti bila kuasa veto tu disalahgunakan.


Nota kaki makan cekam:  Tanpa memang prejudis

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...