Mursyidul Am mentafsir semula tafsiran Perlembagaan Pas oleh Majlis Syura Ulama'? | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Selasa, September 09, 2014

Mursyidul Am mentafsir semula tafsiran Perlembagaan Pas oleh Majlis Syura Ulama'?

Sangat jelas TG Nik Aziz mentafsirkan 'kuasa pemutus' yang ada pada Presiden tu adalah dalam mesyuarat, bukannya macam yang Majlis Syura' Ulama' tafsirkan.

Harakahdaily melaporkan:
Mursyidul Am PAS mahu ahli-ahli parti menggunakan peluang Muktamar Tahunan ke-60 di Batu Pahat bagi membincangkan masalah dalaman parti.

Oleh itu, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, ahli dan penyokong tidak sewajarnya mengeruhkan suasana politik sekarang dengan kenyataan tidak wajar melalui laman-laman sosial. - Hrkh.
Saranan yang cukup lunak dari Mursyidul Am kepada semua ahli PAS termasuk aku dalam usaha dia sebagai Mursyidul Am untuk meredakan suasana yang pada aku cukup tegang dalam PAS sekarang ni.

Cuma masalahnya aku bukan perwakilan dalam Muktamar Agung PAS kali yang ke-60 tu jadinya aku rasa macam saranan TG Nik Aziz tu tak berapa nak kena kat aku dan juga semua ahli PAS yang bukan perwakilan dalam muktamar tu.

Selain dari gesaan tu aku nampak macam TG Mursyidul Am semacam 'mentafsir semula' tafsiran yang Majlis Syura Ulama' buat ke atas Perlembagaan PAS yang macam nak tanam persepsi yang Presiden PAS ada kuasa veto yang setiap ahli termasuk pimpinan PAS diperingkat JKK PAS Pusat mesti wala' dengan arahan dan keputusan peribadi Presiden.

Laporan Harakahdaily tu juga melaporkan:
Katanya, setiap mesyuarat mengikut kaedah Islam diberi kuasa kepada pemimpin tertinggi parti membuat keputusan.

“Zaman Rasulullah s.a.w. baginda mempengerusikan mesyuarat dengan diberi kuasa untuk membuat sebarang keputusan.

“Begitu juga dalam kaedah parti kita sekarang, keputusan mesyuarat ditentukan pengerusi,” katanya ketika ditemui di pejabatnya di Institut Pemikiran Tok Guru hari ini. - Ibid.
Sangat jelas TG Nik Aziz mentafsirkan 'kuasa pemutus' yang ada pada Presiden tu adalah dalam mesyuarat, bukannya macam yang Majlis Syura' Ulama' tafsirkan seperti yang dikeluarkan oleh laman web rasmi PAS Pusat aku salintampal dalam posting aku sebelum ni.

Dalam laporan tu sangat jelas yang Majlis Syura Ulama' bagi 'kuasa pemutus' kepada Presiden tu untuk setiap masa dan semua ahli dan pimpinan PAS termasuk JKK PAS Pusat tak boleh persoal keputusan peribadi Presiden malah wajib sokong keputusan tu tanpa syarat.

Nota kaki makan cekam:  Tanpa memang prejudis

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...