Apa rasionalnya TG Nik Aziz takut derhaka sultan sampai rasa geligut? | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Rabu, September 10, 2014

Apa rasionalnya TG Nik Aziz takut derhaka sultan sampai rasa geligut?

Ataupun mungkinkah sebenarnya TG Nik Aziz 'berpolitik' bila dia kata dia rasa geligut dengan perkataan derhaka tu dengan tujuan politik yang tertentu.

Malaysiakini melaporkan:
Mursyidul Am PAS Datuk Nik Aziz Nik Mat melahirkan rasa takutnya selepas membaca laporan tentang kemurkaan Sultan Selangor terhadap PKR dan DAP berhubung isu calon MB.

Menurutnya, ia adalah satu amaran keras kepada PKR dan DAP yang engkar titah baginda dalam pencalonan menteri besar Selangor yang baru.

"Perkataan derhaka itu, saya rasa geligut (takut) dan tidak membacanya sehingga habis. - Mkini.
Aku sungguh tak faham dengan TG Nik Aziz dalam bab dengan sultan ni. Tak berapa nak logik pada fikiran aku yang langsung tak sokong konsep monarki ni TG Nik Aziz boleh takut sampai rasa geligut cuma dengan perkataan derhaka.

Aku yakin ramai kawan-kawan aku yang sama 'wavelength' dengan aku mushkil dengan statement TG Nik Aziz ni.

Aku boleh faham kalau setakat kita patut "beradat dan beradap" dengan sultan macam yang Presiden PAS TG Hj Hadi yang aku salintampal dalam posting aku sebelum ni yang bertajuk "Video Dialog dan Penjelasan Isu Terkini oleh Presiden PAS."

Ataupun mungkinkah sebenarnya TG Nik Aziz 'berpolitik' bila dia kata dia rasa geligut dengan perkataan derhaka tu dengan tujuan politik yang tertentu dengan cara "bermain persepsi"?

Malaysiakini juga melaporkan:
"Itu baru sahaja raja sumpah, apa kata kalau Allah sumpah," kata Nik Aziz seperti dilaporkan Sinar Harian hari ini. - Ibid.
Dan sebagai TokGuru, TG Nik Aziz tak lepaskan 'ruang' tu untuk terus berdakwah, mengajak manusia takut untuk menderhaka kepada Allah tuhan sekelian alam yang tentunya tuhan kepada sultan.

Nota kaki makan cekam:  Tanpa memang prejudis

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...