Khalid Ibrahim bakal dikenang mengembalikan hak air rakyat Selangor? | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Jumaat, September 12, 2014

Khalid Ibrahim bakal dikenang mengembalikan hak air rakyat Selangor?

Aku yakin dalam jangka masa panjang rakyat Selangor akan berterima kasih kepada Khalid Ibrahim dalam isu air Selangor ni yang berani buat perjanjian dengan Kerajaan Pusat walaupun ditentang oleh pimpinan utama PKR.

TheMalaysianInsidermelaporkan:
Pelan penstrukuran semula air Selangor akhirnya dimuktamadkan apabila selesainya majlis menandatangani perjanjian antara pentadbiran kerajaan pusat dan kerajaan negeri di Putrajaya, hari ini.

Majlis itu berjalan lancar walaupun terdapat suara yang menimbulkan kontroversi sama ada ia sah atau tidak memandangkan Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berada di dalam proses transisi sekarang. - TMI.
Walaupun ada pihak yang tak setuju dengan keputusan yang Khalid Ibrahim buat ni termasuk dari kalangan pemimpin utama PKR tapi aku secara peribadi lebih yakin dengan Khalid Ibrahim.

Pasainya sebagai 'tokoh koperat' tentunya Khalid Ibrahim lebih memikirkan keuntungan untuk 'pemegang saham' dan dalam bab air ni tentunya 'pemegang saham'nya adalah seluruh rakyat Selangor.

Dalam status Facebooknya MB Selangor Khalid Ibrahim tulis:
Perjanjian ini juga telah membuka lembaran baharu bagi perkhidmatan industri air di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya dimana syarikat milik penuh rakyat Selangor iaitu Air Selangor Sdn Bhd akan membawa perkhidmatan bekalan air ke tahap yang lebih profesional dan efisien.

Air Selangor Sdn Bhd akan diurus oleh sekumpulan pasukan yang mempunyai kepakaran dan pengalaman dalam perkhidmaan air dan saya yakin mereka boleh menjayakan usaha-usaha menjadikan industri air Selangor lebih holistik dengan mengambil alih operasi dan penyelengaraan loji rawatan air serta perkhimatan pembekalan air yang sebelum ini dilakukan oleh empat syarikat konsesi yang berbeza.

Pengurusan tidak holistik sebelum ini menyumbang kepada pengurusan air tidak cekap dan kos operasi yang membebankan pengguna melalui kenaikan tarif yang tinggi kepada lebih 5 juta pengguna di Selangor, KL dan Putrajaya.

Air Selangor Sdn Bhd akan memberi tumpuan kepada kerja-kerja menaik taraf saluran paip air dengan tujuan menurunkan kadar air tidak berhasil (NRW) yang pada ketika ini sangat tinggi iaitu 34% serta meningkatkan kapasiti loji-loji tersebut dengan menggunapakai teknologi terkini.

Semua asset air juga akan diletakkan di bawah Air Selangor Sdn Bhd dan Loji Rawatan Air Langat 2 dan Sistem Agihannya (LRAL 2) yang bakal siap dalam beberapa tahun lagi juga akan dikendali oleh syarikat berkenaan.

Perjanjian ini juga telah dimuktamadkan dengan kos pengambialihan penstrukturan semula industri air jauh lebih rendah dari tawaran awal yang dilakukan kerajaan negeri iaitu RM7.45 billion berbanding RM9.65 billion. - Facebook.
Aku yakin dalam jangka masa panjang rakyat Selangor akan berterima kasih kepada Khalid Ibrahim dalam isu air ni yang berani buat perjanjian dengan Kerajaan Pusat walaupun ditentang oleh pimpinan utama PKR.

Walau macamanapun, kejayaan menguruskan air di Selangor ni akan banyak dipengaruhi oleh Menteri Besar Selangor yang akan datang. Pasainya tak mustahil 'kejayaan' Khalid Ibrahim ni akan 'disabotaj'.

Nota kaki makan cekam:  Tanpa memang prejudis

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...