Sebab PAS perlu teruskan bentang Private bill Hudud Kelantan di Parlimen... | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Khamis, April 17, 2014

Sebab PAS perlu teruskan bentang Private bill Hudud Kelantan di Parlimen...

Pada aku, PAS Kelantan dah 'terlepas cakap' dah 'ter'berjanji nak bentang Private bill Hudud Kelantan di Parlimen. Sangat tak sesuai kalau PAS tarik balik janji tu, PAS akan nampak flip flop dan sangat tak kukuh pendirian atau mudah cakapnya 'PAS memang tak boleh harap, bab hudud pun flip flop..."

Private bill Hudud Kelantan
Harakahdaily melaporkan:
Presiden PAS Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata, terpulang kepada mana-mana parti termasuk dalam Pakatan Rakyat untuk menyatakan pendirian mereka terhadap usaha perlaksanaan hudud di Kelantan.

Ini kerana katanya, tidak ada sebarang perjanjian untuk menghalang PAS daripada mengemukakan Rang Undang-Undang (RUU) Persedirian berhubung perlaksanaan Enakmen Kanun Jenayah Syariah (2) 1993 negeri itu ke Parlimen. - Hrkh.    
Juga dilaporkan:
"Isu hudud di Kelantan ini mendahului Pakatan Rakyat. Ianya sejak tahun 90an. Awal lagi sebelum ada Pakatan Rakyat.

"Dengan sebab itu tidak ada masalah untuk kita kemukakan (RUU Persendirian).

"Adapun pendirian parti lain, terpulang kepada mereka. Kita konsisten dalam isu ini," kata beliau yang ditemui di luar Dewan Undangan Negeri Terengganu, di sini semalam.

Beliau juga menjelaskan bahawa PAS menyokong penuh tindakan Kerajaan Kelantan pimpinan Menteri Besar Ustaz Datuk Ahmad Yakob yang mahu mengemukakan RUU Persedirian itu selewat-lewatnya Disember tahun ini. - Ibid.
Kenyataan TG Presiden PAS ni nampak selari dengan kenyataan 'bakal' Timbalan Presiden PKR Saifuddin Nasution macam yang dilaporkan TheMalayhsianInsider:
Konsensus berhubung pelaksanaan hukum Islam, hudud masih belum diwujudkan di kalangan parti politik dalam Pakatan Rakyat (PR), namun atas dasar persendirian, PAS boleh membawa perkara itu ke Parlimen, kata Datuk Saifuddin Nasution Ismail.

Setiausaha Agung PKR itu bagaimanapun berkata, PAS perlu membawa isu hudud sebagai usul PR sekiranya konsensus berhubung hudud ingin dibawa atas tiket gabungan pembangkang.

"Kalau PAS hendak bawa sebagai usul Pakatan perlu ada konsensus, tetapi kalau mereka bawa sebagai usul PAS, itu lain.

"Sekarang konsensus itu wujud? Tidak," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat PKR di Petaling Jaya, hari ini.

Bagaimanapun, katanya, PKR menghormati keputusan yang dibuat pada hujung 2011, dalam mesyuarat majlis presiden, di mana mereka menghormati Enakmen Kanun Jenayah Syariah Kelantan yang diluluskan pada 1993.

"Majlis Presiden PR menghormati enakmen kanun jenayah syariah yang diluluskan pada November 1993, yang dibuat secara sah.

"Enakmen itu dibuat lama sebelum pakatan PR ditubuhkan," katanya dan menambah, enakmen berkenaan diputuskan melalui DUN dan menerima mandat sah daripada rakyat. - TMI.
Dalam isu ni aku sokong sokongan Presiden PAS tu. Walaupun aku cukup sedar ada pro dan kontra Private bill Hudud itu terutama sekali dari sudut sokongan ahli Parlimen dari DAP dan PKR.

Isu hudud ni dah berpuluh tahun PAS janji nak laksanakan, malah sebenarnya adalah manifesto atau janji pilihnaraya PAS yang tak pernah berubah sejak dulu. Cumanya, sejak akhir-akhir saja ni manifesto tu tak lagi ditulis tapi tetap terpahat kukuh dengan azam yang teguh di dada setiap ahli PAS.

Pada aku, PAS Kelantan dah 'terlepas cakap' dah 'ter'berjanji nak bentang Private bill Hudud di Parlimen. Sangat tak sesuai kalau PAS tarik balik janji tu, PAS akan nampak flip flop dan sangat tak kukuh pendirian atau mudah cakapnya 'PAS memang tak boleh harap, bab hudud pun flip flop..."

Bab ahli parlimen DAP dan PKR yang kemungkinan besar akan tak sokong kat Parlimen nanti tu satu masalah lain, itu hak demokrasi depa, tambahan pulak dalam Pakatan Rakyat memang takdak konsensus dalam isu ni dan PAS pun bawah RUU persendirian tu atas nama PAS bukan atas nama Pakatan Rakyat.

Ada yang kata Pakatan Rakyat akan berpecah kalau PAS bawak Private bill Hudud Kelantan tu ke Parlimen. Pada aku berpecah atau tidak bergantung macamana aksi PAS selepas tu.

Kalau PAS berjiwa besar, terima penolakan ahli parlimen dari DAP dan PKR dengan lapang dada aku tak nampak langsung Pakatan Rakyat akan berpecah.

Malah pada aku PAS kena tengok depa yang tak sokong tu sebagai kegagalan PAS berdakwahh dalam berpolitik dalam Pakatan Rakyat. PAS gagal memahamkan apa hasrat sebenar PAS dan gagal meyakinkan kawan-kawan dalam Pakatan Rakyat dengan keadilan dan kehebatan undang-undang hudud.

Suka aku nak kopipes apa yang aku tulis tahun 2011 pasai ni:
Sepatutnya dari dulu lagi TG Nik Aziz pi jumpa Karpal, bersembang 4 mata dengan tokoh DAP ni yang memang diketahui umum cukup 'out spoken' pasai konsep Negara Islam terutama sekali bab hukum hudud.

Dari dulu lagi aku dah sarankan supaya pimpinan utama PAS buat usaha rapat dengan pimpinan DAP. Kalau boleh sampai jadi kawan baik yang boleh jumpa bila-bila masa dan boleh telefon bila-bila masa termasuk tengah-tengah malam.

Pimpinan utama PAS patut buat contoh apa yang Mat Sabu buat dengan Lim Guan Eng. Pasai tulah, hampir tak pernah dengar kenyataan dari Guan Eng yang menyusahkan PAS, pasainya Guan Eng katanya sentiasa mintak nasihat dari Bang Mat Sabu dalam banyak hal terutama sekali yang melibatkan kepentingan orang Melayu, Islam dan PAS. - Ibid.
Lagi satu, macam yang aku tulis dalam facebook "Wamakaru wamakarallah...
Aku sangat teringin nak tengok 'perancangan Allah' seterusnya..."

Nota kaki makan cekam:  Tanpa memang prejudis

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...