Kalau sampai macam ni kompom kut 'Masa Depan Bersama' team Saifuddin Nasution menang Timbalan presidsen PKR? | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Rabu, April 16, 2014

Kalau sampai macam ni kompom kut 'Masa Depan Bersama' team Saifuddin Nasution menang Timbalan presidsen PKR?

Kalau dah jelas sampai macam tu sekali sokongan Anwar kepada 'Masa Depan Bersama' team Saifuddin ni memang kompom la kut Jawatan Timbalan Presiden PKR tu milik Saifuddin akhirnya.

AstroAwani melaporkan:
Timbalan Presiden PKR, Mohd Azmin Ali akan melancarkan gagasan beliau malam ini dalam usaha mempertahankan jawatan yang disandangnya sekarang.

Gagasan yang dinamakan Keadilan Raya ini menggariskan halatuju perjuangan Mohd Azmin dan rakan-rakannya dalam PKR. - AstroAwani.  
Kalau ikut laporan AstroAwani tu antara pemimpin PKR yang akan masuk kem Azmin ni adalah Shamsul Iskandar Md Akin calon Naib Presiden, Aminuddin Shaari calon Ketua AMK dan Zuraida Kamaruddin calon Ketua Wanita PKR.

Sebelum ni Saifuddin Nasution yang akan lawan Azmin jawatan Timbalan Presiden dah umumkan kem dia bersama Rafizi dan Nurul Izzah yang akan bertanding jawatan Naib Presiden dengan selogan 'Masa Depan Bersama'.

Kalau takat bergabung dengan Rafizi dan Nurul saja aku tak rasa Saifuddin ada harapan besar untuk menang jawatan Timbalan Presiden pasai undi dia akan pecah dengan Khalid Ibrahim. Kalau salah seorang dari depa tarik diri memang ada harapan besar Azmin akan kalah.

Tambah-tambah kalau yang tarik diri tu Khalid Ibrahim macam yang aku cadangkan fomular tu dalam posting aku bertajuk "Timbalan Presiden: Saifuddin patut berkompromi dengan Khalid soal jawatan MB Selangor untuk sekat Azmin?".

Tapi bila tertengok update sorang member dalam facebook macam yang aku screenshot kat sebelah ni, nampak gayanya peluang Saifuddin Nasiotion sangat-sangat cerah.

Memang kompom kut team Saifuddin tu dapat 'restu' dan tak mustahil kalau idea team Saifuddin tu memang datang dari Anwar sendiri.

Bertambah lagi cerah peluang Saifuddin bila keluarkan statement "PKR tidak harus berpusat kepada tokoh tertentu sahaja" macam yang dilaporkan TheMalaysianInsider:
Parti Keadilan Rakyat (PKR) tidak seharusnya berpusat pada tokoh tertentu sahaja, sebaliknya harus menjadi sebuah parti berteraskan anggota akar umbi, kata Ketua Wanitanya, Zuraida Kamaruddin.

Zuraida berkata dalam konteks itu beliau bersetuju dengan pandangan Timbalan Presiden, Azmin Ali bahawa parti itu bukan milik Datuk Seri Anwar Ibrahim, kini Ketua Umum PKR.

"Parti ini sudah berkembang, walaupun tidak dinafikan sebab penubuhannya adalah kerana apa yang berlaku terhadap Anwar," kata Zuraida pada sidang akhbar hari ini.

Zuraida mengulas kenyataan Azmin bahawa PKR harus keluar daripada terus dibayangi Anwar demi survival parti berkenaan dalam landskap politik semasa. - TMI.
Berapa ramai sangat ahli PKR yang sanggup nak wala' dengan Azmin dan ketepikan wala' depa kepada Anwar. Kalau dah jelas sampai macam tu sekali sokongan Anwar kepada 'Masa Depan Bersama' team Saifuddin ni memang kompom la kut Jawatan Timbalan Presiden PKR tu milik Saifuddin akhirnya.

Memang sapa pun tak boleh nafikan yang PKR tu memang berpusat kepada Anwar. Memang la bukan semata-mata untuk Anwar tapi semuanya ada 'sangkut' dengan Anwar.

Apa pun, aku sangat tak setuju kempen stail 'kartel' ni. Tara dalam PAS yang depa kata cukup powet dengan tarbiah organisasi pun jadi celaru hampir haru biru walaupun stail 'kartel' tak berapa nak terbuka. Aku cukup yakin PKR akan jadi lebih celaru haru biru lepas pemilihan nanti akibat kempen stail 'kartel' ni.

Nota kaki makan cekam:  Tanpa memang prejudis

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...