Tambah-tambah bagi yang celik politik, memang ramai yang nampak Institusi Raja ni tak lebih dari satu lagi 'instrumen' Umno BN untuk kekal berkuasa.
Bharian melaporkan:
Takhta dan pemerintahan berpaksi Raja di negara ini bukan sekadar ornamen hiasan, sebaliknya institusi utama yang termaktub secara perundangan dalam Perlembagaan Persekutuan, titah Pemangku Raja Perak, Raja Dr Nazrin Shah.
Malah, baginda secara kiasan menegaskan institusi Raja juga bukan ‘cermin lama untuk melihat wajah yang sudah tua’, sebaliknya mempunyai peranan dan amanah berat yang perlu dilaksanakan sejajar kedudukan institusi itu. - Bharian.
Aku tak berapa nak faham apa yang Raja Nazrin maksudkan dengan ayat 'cermin lama untuk melihat wajah yang sudah tua' tu dan aku tak peduli pun.
Aku lebih suka tengok kuasa dan tanggungjawab Institusi Raja ni dari sudut perlembagaan dan apa persepsi rakyat.
BHarian juga melaporkan:
Sepuluh peratus iaitu 19 dari 183 Perkara di dalam Perlembagaan Persekutuan adalah perkara berkaitan Raja, bermakna Malaysia yang mengamalkan sistem kerajaan berkonsepkan Raja Berperlembagaan dan demokrasi berparlimen telah memperuntukkan secara perundangan peranan dan tanggungjawab tertentu kepada Raja Pemerintah. - Ibid.Persoalannya sekarang ni adakah Raja Berpelembagaan ni jalankan peranan dan tanggungjawab tu?
Ambil contoh SPR, dalam perlembagaan dengan jelas kata kena lantik ahli SPR yang MENDAPAT KEPERCAYAAN UMUM macam dalam Artikel 114(2).
Nampak jelas sangat yang SPR TIDAK MENDAPAT KEPERCAYAAN UMUM bila rakyat sanggup turun beramai-ramai dalam Himpunan Bersih 1, kemudian diikuti dengan Bersih2 dan selepas itu Bersih3 walaupun tau risiko terpaksa berdepan dengan water canon dan gas pemedih mata.
Adakah Institusi Raja ambil peduli?
Kalau ditengok kepada Krisis Perak tahun 2009 lagi nampak jelas dikacamata ahli dan penyokong Pakatan Rakyat yang Institusi Istana semacam dipergunakan oleh Umno BN untuk merestui Kudeta, merampas hak Pakatan Rakyat untuk mentadbir negeri yang diberikan secara sah oleh rakyat Perak melalui pilihanraya.
Pasai tu aku langsung tak heran kalau semakin ramai terutama anak muda yang langsung tak hormat dengan institusi Istana. Pada depa Institusi Istana tu hanya menghabiskan duit rakyat yang langsung tak bermakna untuk depa.
Tambah-tambah bagi yang celik politik, memang ramai yang nampak Institusi Raja ni tak lebih dari satu lagi 'instrumen' Umno BN untuk kekal berkuasa.
Apa pun, Happy Birthday Sultan Perak.
Nota kaki makan cekam: Tanpa memang prejudis