Masjid Pusat Bandar Parit Buntar: Akhirnya puak Umno yang CELAKA mengaku kalah? | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Rabu, Mac 26, 2014

Masjid Pusat Bandar Parit Buntar: Akhirnya puak Umno yang CELAKA mengaku kalah?

Punya la jenis muka tak malu, masa orang nak bina masjid ni depa dok buat kerja CELAKA mensabotaj tiba-tiba bila Masjid Baru Pusat Bandat Parit Buntar tu dah siap kalut nak kuasai pulak.

Masjid yang tersergam indah ni terletak betul-betul di belakang stesyen minyak CaltexPusat Bandar Parit Buntar. Masjid yang cukup kontroversi ni siap dibina hujung tahun lepas. Bagi yang taktau sejarah masjid ni yang kontroversi tu boleh baca posting lama aku di sini dan sini.

Sebelum tu aku nak bagitau posting yang ke dua tu penuh dengan perkataan CELAKA pasai pada aku takdak perkataan yang lebih sesuai untuk aku gunakan dari perkataan tu.
Dan aksi CELAKA depa tu tak berhenti takat tu saja. Bila dah siap tersergam indah pembinaan masjid tu dibawah pengawasan Juru Perunding bertauliah depa buat aksi CELAKA paling celaka, halang masjid tu dari digunakan menggunakan kuasa Pejabat Mufti Perak.

Tiba-tiba ja tergantung sehelai banner di pintu masuk masjid yang dah sedia untuk digunakan tu beserta dengan surat dari Pejabat Mufti kepada Pengerusi Jawatankuasa Pembinaan Masjid dengan arahan yang sama.

Tak cukup dengan tu, tersebar satu senarai cadangan Ahli Jawatankuasa Masjid yang semuanya dari kalangan pemimpin dan Ahli Umno kecuali 2 orang, Pengerusi dan bendahari Jawatankuasa Pembinaan yang diletakkan sebagai AJK sahaja.

Punya la jenis muka tak malu, masa orang nak bina masjid ni depa dok buat kerja CELAKA mensabotaj tiba-tiba bila Masjid Baru Pusat Bandat Parit Buntar tu dah siap kalut nak kuasai pulak.

Aku tak berhasrat nak paparkan kat sini senarai jawatankuasa tu pasainya ada beberapa orang dalam tu yang secara terbuka mengaku tak tau apa satu pasai senarai tu. Maknanya nama depa dibubuh tanpa pengetahuan dan persetujuan depa.

Sebelum tu pihak Jawatankuasa Pembinaan Masjid dah pun menghantar nama senarai Jawatankuasa Masjid, menaik taraf dari Jawatankuasa Pembinaan kepada Jawatankuasa Masjid katanya dengan persetujuan Pegawai Tadbir Agama Parit Buntar.

Ada khabar angin yang kata senarai yang Umno hantar tu dipertahankan dengan sungguh-sungguh oleh Penghulu Mukim Parit Buntar tapi Pegawai Tadbir Agama dan Pegawai Daerah pula setuju menaik taraf Jawatankuasa Pembinaan jadi Jawatankuasa Masjid.

Mungkin pasai Penghulu tu ada kabel yang kuat dibelakang dia, keputusan berkenaan Jawatankuasa Masjid tu tergantung lama sampai la baru ni keluar satu senarai baru Jawatan kuasa Masjid yang dah disahkan.

Aku tak berkesempatan lagi tengok senarai tapi member aku orang kuat salah satu surau dalam kariah masjid baru tu bagitau Jawatankuasa tu dipengerusikan sendiri oleh Pegawai Daerah.

Pengerusi Jawatankuasa Pembinaan diletakkan sebagai Timbalan Pengerusi, Setiausaha Jawatankuasa Pembinaan diletakkan juga sebagai setiausaha dan majoriti AJK adalah dari Jawatankuasa Pembinaan, cuma beberapa 'orang luar' saja dilantik dalam jawatankuasa Masjid tu termasuk dia.

Member tu bagitau dia langsung takdak masalah dengan Jawatankuasa Masjid yang dah disahkan tu kalau nak banding dengan senarai Jawatankuasa yang Umno cadang.

Nampak macam puak-puak celaka dari Umno yang jenis muka tak malu tu akhirnya terpaksa beralah jugak. Mungkin depa tak sanggup nak kena maki dengan para pewakaf kalau lagi lama masjid yang tersergam indah ni masih tak boleh digunakan.

Apa pun, Ahad lepas selepas selesai depa cuci masjid tu solat jamaah kali pertama dah pun dimulakan dan hari Jumaat ni akan bermula perlaksanaan solat Jumaat di Masjid ni.

Akhir sekali aku nak ucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada Pengerusi dan seluruh AJK Jawatankuasa Pembinaan yang cukup sabar menghadapi aksi-aksi CELAKA dari kalangan orang Umno yang cuba sabotaj pembinaan masjid ni.

Berkaitan


Nota kaki makan cekam:  Tanpa memang prejudis

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...