Takkan Kak Wan Azizah kemaruk nak jadi MB Selangor jugak kut... | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Rabu, Mac 26, 2014

Takkan Kak Wan Azizah kemaruk nak jadi MB Selangor jugak kut...

Aku rasa tak kemaruknya Kak Wan Azizah nak jadi Menteri Besar Selangor tu, kalau betul pun lepas ni dia jadi MB Selangor tentu pasai dia 'terpaksa' sama macam dia 'terpaksa' jadi Presiden PKR..

Semalam Utusan melaporkan:
Sungguhpun Parti Keadilan Rakyat (PKR) memenangi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang semalam, bibit-bibit perubahan jawatan Menteri Besar Selangor terus kedengaran oleh beberapa pemimpin Parti Keadilan Rakyat (PKR) di negeri ini.

Ahli Majlis Pimpinan Pusat (MPP) PKR, Abdullah Sani Abdul Hamid hari ini membayangkan Presiden parti itu, Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail yang mampu untuk memikul tanggungjawab sebagai Menteri Besar bagi menggantikan penyandangnya ketika ini, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim. - Utusan.  
Juga dilaporkan:
Kenyataan Abdullah Sani itu dilihat menyamai dengan kenyataan Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali menerusi laporan akhbar tempatan hari ini yang mana beliau menyatakan keyakinannya terhadap Wan Azizah yang mampu menjadi Menteri Besar Selangor.

Berdasarkan laporan itu, Azmin yakin dengan kebolehan Wan Azizah memegang jawatan tersebut bersandarkan pengalaman Presiden PKR itu sebagai Ketua Pembangkang wanita pertama dalam sejarah politik negara, selain pernah menjadi Ahli Parlimen selama tiga penggal.
Malaysiakini sebelum tu melaporkan:
Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim memberi gambaran bahawa tiada perubahan akan berlaku dalam pentadbiran kerajaan negeri selepas kejayaan presiden PKR Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail mempertahankan kerusi DUN Kajang.

Abdul Khalid yang menyampaikan ucapan tahniah kepada Wan Azizah berkata, kemenangan tersebut “seolah-olah memberi restu kepada kerajaan Selangor untuk terus komited dengan agenda reformasi dalam pentadbiran”. - Mkini.
Lebih awal dari itu TheMalaysianInsider melaporkan:
Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini tidak menolak kemungkinan berlakunya perbincangan di peringkat pimpinan parti untuk melantik Presiden PKR, Datuk Seri Wan Azizah sebagai menteri besar Selangor bagi menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Walaupun tidak menyatakan secara langsung tetapi beliau mengakui perbincangan untuk peralihan tampuk kerajaan negeri itu akan diadakan kelak. - TMI.
Sebelum pada tu pulak Malaysiakini ada melaporkan:
Jika sebelum ini Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail menegaskan beliau tidak pernah bercita-cita menjadi perdana menteri, hari ini presiden PKR itu kedengaran optimis dan berpandangan bahawa setiap orang "mempunyai potensi" untuk memikul tanggungjawab itu.

Beliau berkata demikian sewaktu ditanya akan kemungkinan beliau akan menjadi perdana menteri wanita Malaysia yang pertama - seandainya 'Langkah Kajang' yang diatur PKR untuk menawan Putrajaya melalui pilihan raya kecil Kajang, menjadi kenyataan.

"Saya rasa setiap orang ada potensi," kata Wan Azizah sewaktu ditemui wartawan di bilik gerakan utama PKR selepas proses membuang undi tamat pada jam 5 petang ini. - Mkini.
Aku malas nak ulas panjang-panjang cuma aku nak tambah sikit ja, kalau layak jadi PM jadi MB tentu la lagi layak.

Lagi satu, aku rasa orang yang paling teruja tentunya Azmin Ali, tambah-tambah bila TheMalaysianInsider juga melaporkan:
"Hal itu mereka akan bincangkan melalui pimpinan negeri.

"Program Wan Azizah hari ini masih di Kajang. Langkah Kajang masih diteruskan yang mana Wan Azizah sekarang sudah menang di sana," katanya kepada pemberita di lobi Parlimen, Kuala Lumpur hari ini. - Ibid.
Kut-kut ada yang tak perasan, kepimpinan PKR di Selangor sekarang ni dikuasai oleh kem Azmin.

Apa pun, aku rasa tak kemaruknya Kak Wan Azizah nak jadi Menteri Besar Selangor tu, kalau betul pun lepas ni dia jadi MB Selangor tentu pasai dia 'terpaksa' sama macam dia 'terpaksa' jadi Presiden PKR..

Sat, Aku tak berapa pasti samada dia terpaksa ataupun dia dipaksa...

Nota kaki makan cekam:  Tanpa memang prejudis

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...