Rayuan Derma Pembinaan Masjid Pusat Bandar Parit Buntar | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Khamis, Oktober 21, 2010

Rayuan Derma Pembinaan Masjid Pusat Bandar Parit Buntar

Kalau ikut sejarahnya, masjid ni mula diusahakan untuk dibina dah lama dah, semenjak dari tahun 2005 lagi. Aku pun tak berapa tau sejarahnya, tapi setakat yang aku tau, sejarah dia agak "getir dan panas" jugak.

Kalau ikut cerita yang aku dengar, nyaris-nyaris masjid ni tak jadi nak dibina pasai ada pihak-pihak yang cukup dajai yang berusaha nak ubah status tanah. Dengar ceritanya depa dah hampir-hampir berjaya dah  walaupun surat kebenaran untuk bina masjid tu dah dikeluarkan pada Disember 2005.  

Tapi nasib baik la ada yang perihatin. Dengar ceritanya, lama jugak depa "fight", hangat jugak la masa tu, sampai akhirnya depa berjaya rombak jawatankuasa pembinaan tu. Tu yang YB Mujahid dan YB Idham Lim boleh dipilih jadi penaung tu. Dalam hujung tahun 2009 baru dapat kelulusan untuk kutip derma dari Majlis Agama Islam Perak

Tu pun, nasib baik la Perak masa tu Hj Nizar jadi Menteri Besar. Kalau Perak tak jatuh ke tangan PR lepas PRU tahun 2008, mungkin la ni tapak tu dah naik banggunan lain dah.

Projek pembinaan tu dah pun bermula, setakat ni rangka tiang dan beam dah pun naik. Kalau ikut pemerhatian aku dah lebih 30% siap.

Bagi yang ada rezeki lebih tu, aku harap sangat apalah kiranya sudi menderma untuk pembinaan masjid ni. Derma boleh dibuat atas nama :

JAWATANKUASA PEMBINAAN MASJID PUSAT BANDAR
BANK MUAMALAT MALAYSIA BERHAD
(cawangan Parit Buntar)
0801-0001024-71-7

Masjid ni dianggarkan menelan belanja sekitar 2.5juta. Setakat ni aku dengar dah dapat dikutip lebih 1juta. Memang semata-mata kutib dari orang ramai, takdak satu sen pun aku dengar dapat duit dari kerajaan. Maknanya masih banyak lagi yang diperlukan untuk disiapkan.

Bagi para penderma yang bermurah hati, kalau dah menderma dan nakkan resit, boleh hubungi:
  • Pengerusi   - Tn Hj Ahmad Ismail (016-4579879
  • Setiausaha - Tn Hj Md Yusof Md Sani (019-4212092)
  • Bendahari  - En. Mohd Said Jaafar (017-4161956)
Nombor rujukan pelepasan cukai pendapatan : LHDN.01/35/42/51/179-6.6553

Untuk maklumat terkini boleh tengok facebook Masjid Pusat Bandar Parit Buntar




Nota kaki makan cekam:  Untuk makluman tambahan, pengerusi dan bendahari tu AJK PAS Kawasan Parit Buntar. 

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...