Takkan nak tunggu Pakatan Rakyat tawan Putrajaya baru krisis air di Selangor boleh selesai? | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Selasa, Mac 04, 2014

Takkan nak tunggu Pakatan Rakyat tawan Putrajaya baru krisis air di Selangor boleh selesai?

Takkan nak tunggu sampai tahun 2018 kut baru krisis air di Selangor tu boleh diselesaikan, itu pun kalau Pakatan Rakyat berjaya rampas Putrajaya dari Umno BN, kalau tidak mungkin sampai kiamat pun krisis air di Selangor tak selesai.

Sinarharian melaporkan:
PKR menafikan dakwaan bahawa kerajaan negeri Selangor di bawah Pakatan Rakyat bersikap lepas tangan terhadap krisis air yang melanda negeri itu.

Menurut Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli masalah air yang dihadapi rakyat negeri itu tidak dapat diselesaikan jika penstrukturan semula industri bekalan air Selangor tidak dilakukan.

Namun tujuan itu tidak dicapai ekoran keengganan pemegang konsesi air menerima tawaran Selangor. - Sinarharian.
Krisis air di Selangor takkan boleh diselesaikan selagi isu penswastaan air di Selangor tak selesai. Selagi 4 syarikat konsesi yang dipegang oleh penchachai Umno tu masih berkuasa selagi itu Kerajaan Negeri Selangor senang-senang disabotaj dalam isu air, dan rakyat Selangor terpaksa tanggung sengsara.

Pasai itu aku setuju dengan tindakan Khalid Ibrahim ambil peluang tandatangan MOU air Selangor dengan Kerajaan Pusat dalam keadaan kerajaan Pusat nampaknya sangat risau kalau-kalau Anwar menang PRK Kajang dan lepas tu jadi menteri Besar Selangor.

Dengan kekangan kuasa yang Kerajaan Selangor terpaksa hadapi, tindakan Khalid Ibrahim tandatangan MOU air Selangor tu adalah pilihan terbaik yag dia ada untuk cuba selesaikan krisis air di Selangor.

Memang nampak macam rakyat Selangor rugi sikit dengan perlaksanaan projek Langat 2 tu tapi dari sudut satu lagi rakyat Selangor tentu punya untung bila 4 syarikat penchachai Umno tu tak lagi menguasai air di Selangor.

Takkan nak tunggu sampai tahun 2018 kut baru krisis air di Selangor tu boleh diselesaikan, itu pun kalau Pakatan Rakyat berjaya rampas Putrajaya dari Umno BN.

Kalau lepas PRU14 tu masih juga Umno BN pegang Putrajaya dan Pakatan Rakyat masih pegang Selangor mungkin sampai kiamat pun krisis air di Selangor tak selesai dan rakyat Selangor terus terusan terpaksa tanggung sengsara.

Macam yang aku tulis dalam posting sebelum ni, aku yakin MOU yang Khalid Ibrahim tandatangan tu takkan menyebabkan Kerajaan Selangor terpaksa naikkan tarif air, sekurang-kurangnya selagi Khalid Ibrahim jadi Menteri Besar Selangor, tentu dia dah fikirkan kaedah untuk pastikan kenaikan tu tak berlaku.

Dari sudut lain pulak, tindakan Khalid Ibrahim tu sebenarnya menyelamatkan duit rakyat Malaysia dari terbazir macam tu saja kalau projek Langat 2 tu tak boleh dilaksanakan sedangkan projek pembinaan Terowong Air Selangor-Pahang dah pun hampir siap.

Lagi pun projek terowong air dari Pahang ke Selangor dan Kuala Lumpur tu dah pun Kerajaan Pusat mulakan sejak tahun 2005 lagi, bukan salah Khalid Ibrahim kalau terpaksa bersetuju dengan keputusan yang dah dibuat sebelum dia jadi Menteri Besar Selangor.

Lagi satu fakta yang kita tak boleh terlepas pandang, projek Terowong Air Pahang-Selangor tu dibuat dengan dana yang dipinjam dari Japan International Cooperation Agency (JICA). Takkan kut nak biar rakyat Malaysia tanggung hutang untuk projek gajah putih yang langsung tak bagi manfaat.

Nota kaki makan cekam:  Tanpa memang prejudis

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...