Khalid selamatkan Najib dan Muhyiddin dengan MOU air Selangor? | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Jumaat, Februari 28, 2014

Khalid selamatkan Najib dan Muhyiddin dengan MOU air Selangor?

Mungkin betul Khalid Ibrahim menyelamatkan Najib dan Muhyiddin dengan tandatangan MOU isu air Selangor tapi yang pentingnya hasrat dia untuk tamatkan pengswastaan air di Selangor tercapai.

AstroAwani melaporkan:
Pemeteraian memorandum persefahaman, MoU yang menyelesaikan pertelingkahan air antara Kerajaan Pusat dan Kerajaan Selangor sejak lima tahun lalu pada Rabu, membuka ruang bagi Projek Langat Dua yang mampu memenuhi permintaan air dua juta pengguna, dimulakan serta merta.

Pada hari Khamis, berlangsung majlis penyempurnaan pengorekkan terowong air mentah Pahang-Selangor yang kini 94 peratus siap. - AstroAwani.  
TheMalaysianInsider pula melaporkan:
Perjanjian Persefahaman (MoU) di antara Putrajaya dan kerajaan negeri berhubung isu air tidak akan berubah walaupun Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi menteri besar Selangor demikian kata Tan Sri Muhyiddin Yassin‎.

Timbalan Perdana Menteri itu berkata MoU yang ditandatangani dengan kerajaan negeri Selangor itu adalah bersifat ‎ tetap di mana Khalid sendiri bersetuju dengan syarat berkenaan dalam perbincangan bersama. - TMI.
Kalau tengok dari 2 berita tu nampak macam Khalid Ibrahim dah pun selamatkan Najib dan Myhyiddin dalam isu air di Selangor.

Berita kata "terowong air mentah Pahang-Selangor yang kini 94 peratus siap" jelas bagitau yang Kerajaan Pusat sangat perlu projek Langat 2 disiapkan.

Kosmo pada 2011 melaporkan:
Projek itu melibatkan dua fasa utama iaitu pertama, pembekalan air mentah dari Pahang ke Selangor termasuk terowong bawah tanah antara Karak di Pahang dan Hulu Langat di Selangor, serta kedua, pembinaan loji rawatan air di Hulu Langat.

Projek berimpak tinggi yang bernilai RM3.936 bilion itu dijangka siap pada tahun 2014. Apabila projek itu siap nanti terowong itu akan menjadi terowong air mentah terpanjang di Asia Tenggara dan yang keenam di dunia. - Kosmo.
Memang masalah besar la untuk Najib kalau projek mega yang bernilai berbillion ringgit tu jadi gajah putih. Tu tak termasuk lagi kemungkinan Pahang pulak saman kerajaan pusat, pasainya tentu punya dah ada perjanjian antara Kerajaan Pusat dengan kerajaan negeri Pahang pasai projek air tu.

Berita kedua pulak memang nakpak jelas Muhyiddin nak bagitau yang depa seronok sangat Khalid Ibrahim tandatangan MOU tu pasainya kalau lepas ni Anwar jadi Menteri Besar depa risau depa tak boleh 'makan' Anwar macam depa 'makan' Khalid.

Apa pun, setakat ni aku percaya sebenarnya Khalid menang dalam perang air antara kerajaan Selangor dengan kerajaan pusat ni ataupun paling kurang seri dan yang tentunya rakyat Selangor untung.

Aku langsung tak percaya Khalid Ibrahim setuju tandatangan MOU tu kalau MOU tu menyusahkan lagi rakyat Selangor.

Aku cukup yakin kesan dari MOU tu Selanglor tak sampai perlu naikkan tarif air malah mungkin boleh diturunkan lagi pasainya hak menguruskan air di Selangor adalah dibawah kuasa Kerajaan Negeri Selangor.

Macam tu jugak dengan skim air percuma takkan dimansuhkan malah aku yakin lagi ramai yang layak dapat menikmati skim tu terutama sekali segolongan penduduk flet yang sebelum ni dinafikan hak depa pasai masalah meter pukal.

Kesimpulannya yang aku nak tekankan mungkin betul Khalid Ibrahim menyelamatkan Najib dan Muhyiddin dengan tandatangan MOU isu air Selangor tapi yang pentingnya hasrat dia untuk tamatkan pengswastaan air di Selangor tercapai.

Nota kaki makan cekam:  Tanpa memang prejudis

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...