Tony Pua sanggah dakwaan Rafizi isu MOU Air Selangor | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Selasa, Mac 04, 2014

Tony Pua sanggah dakwaan Rafizi isu MOU Air Selangor

Takkan la Khalid sebodoh tu sampai sanggup berikan 'satu-satunya senjata yang Selangor ada' dalam isu krisis air Selangor macam yang Rafizi kata tu dan penjelasan dari Tony Phua macam yang dilaporkan harakahdaily menyanggah dakwaan meleset Rafizi berkenaan MOU Air Selangor tu.

AstroAwani melaporkan:
'Perjanjian air' yang dicapai antara kerajaan persekutuan dan negeri Selangor tidak menjaga kepentingan rakyat, dakwa Pengarah Strategi Parti Keadilan Rakyat (PKR), Rafizi Ramli hari ini.

Rafizi, yang memberikan komen dalam kapasitinya sebagai Ahli Parlimen Pandan, turut mempersoalkan kebijaksanaan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) itu dengan mengatakan perjanjian itu adalah berat sebelah dan lebih menyebelahi kerajaan persekutuan dalam beberapa aspek. - AstroAwani.
AstroAwani juga melaporkan:
"Bahagian yang mengikat hanya yang berkaitan dengan artikel 5(b) dalam MoU yang menyatakan dengan jelas bahawa tanggungjawab kerajaan Selangor adalah untuk 'memastikan semua kelulusan dan kebenaran yang berkaitan dengan pembinaan LRAL2 perlu diberi dan hanya ini yang mengikat pihak-pihak terbabit dan tidak boleh dibatalkan'," kata Rafizi.

Tambah beliau, dengan kelulusan Langat 2, negeri Selangor telah kehilangan satu-satunya kelebihan yang ada dalam rundingannya dengan Kerajaan Persekutuan .

"Ini bermakna kerajaan negeri telah memberikan kerajaan satu-satunya 'senjata' mereka, iaitu Langat 2, sebuah perjanjian berat sebelah yang tidak membawa sebarang kebaikan kepada rakyat Selangor" - Ibid.
Aku tak percaya langsung Khalid Ibrahim macam yang Rafizi kata tu, sangat tak logik Khalid tandatangan MOU Air Selangor tanpa ambil kira kepentingan rakyat. Tentu punya Khalid ada perancangan yang rapi untuk pastikan kepentingan rakyat tak terabai yang Rafizi taktau.

Lagi satu, takkan la Khalid sebodoh tu sampai sanggup berikan 'satu-satunya senjata yang Selangor ada' macam yang Rafizi kata tu.

Penjelasan dari Tony Phua macam yang dilaporkan harakahdaily menyanggah dakwaan meleset Rafizi berkenaan MOU Air Selangor tu
Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara Tony Pua, berkata komitmen besar kini terletak di bahu Kerajaan Persekutuan untuk memenuhi syarat MoU yang dimeterai sekaligus menunjukkan keikhlasan mahu membantu rakyat Selangor.

"Paling penting, syarikat-syarikat konsesi air yang sedia ada Puncak Niaga Sdn Bhd, Syarikat Bekalan Air Selangor ( SYABAS ), Syarikat Pengeluar Air Selangor Holdings Bhd dan Kumpulan ABASS mesti bersetuju untuk menjual konsesi mereka kepada Selangor berdasarkan harga tawaran sebelum ini RM9.65 bilion.

"Jika Kerajaan Persekutuan gagal untuk memujuk syarikat konsesi ini untuk menerima tawaran di atas, maka ia perlu menjalankan semua kuasanya di bawah Akta Industri Perkhidmatan Air (WSIA ), terutamanya menggunakan Fasal 114 untuk mengambil alih secara wajib syarikat-syarikat air berdasarkan model pampasan yang dinyatakan di dalam perjanjian konsesi," kata Pua.

Perjanjian MoU tersebut mensyaratkan syarikat-syarikat konsesi ini menjawab tawaran itu pada 10 Mac 2014, atau dalam masa kurang daripada seminggu. - Hrkh.
Harakahdaily juga melaporkan:
Bagaimanapun katanya, jika Kerajaan Persekutuan gagal menunaikan janji mereka dalam masa yang ditetapkan, kerajaan Selangor melalui Majlis Eksekutif dan Dewan Undangan Negeri Selangor mempunyai kuasa di bawah undang-undang negeri Selangor dan Perlembagaan Persekutuan untuk menafikan sebarang lesen kepada entiti Kerajaan Persekutuan yang berkaitan bagi maksud projek Langat 2.

Dengan kata lain, tanpa sebarang kelulusan tambahan, projek langat 2 masih tidak boleh diteruskan.

"Pentadbiran Pakatan Rakyat dan kerajaan Selangor tidak akan tertipu oleh Kerajaan Persekutuan. - Ibid.
Lagi pun macam kata Dr. Dzulkifli Ahmad, yang Khalid Ibrahim tandatangan tu adalah MOU bukannya MOA macam dilaporkan Harakahdaily:
"Isu ini penting kerana MoU tidak bersifat mengikat atau 'binding'. Ini bermakna mungkin sahaja (persefahaman yang dicapai) tidak menjadi lagi lepas pilihan raya kecil (PRK) Kajang kerana MoU bukan MOA (perjanjian) yang lebih bersifat mengikat," ujarnya. - Hrkh

Nota kaki makan cekam:  Tanpa memang prejudis

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...