Lagi lama kena pecat dari PAS rupanya lagi bangang jadinya bekas Ahli Parlimen Parit Buntar ni. Sebelum ni Dr. Hasan Ali sebuk dengan IMR (Islam, Melayu dan Raja), hari ni dia tambah lagi satu, nak lawan Anwar Ibrahim Dajjal pulak.
AstroAwani melaporkan:
Beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Islam hari ini mendedahkan sebab mengapa Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim 'tidak layak' dipilih sebagai pemimpin pada pilihan raya kecil Kajang, 23 Mac nanti.
Dakwa mereka, sekiranya Anwar memenangi pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang nanti, dan seterusnya diangkat menjadi Menteri Besar, pergolakan dan pertembungan rakyat akan berlaku. - AstroAwani.
Takkan sampai macam tu sekali depa punya takut Anwar jadi MB Selangor. Perlu ka sampai kaitkan Anwar dengan Dajjal yang CELAKA tu.
AstroAwani juga melaporkan:
"Di sini saya hendak nyatakan 10 sifat-sifat kedajjalan, terpulang kepada tuan-tuan dan puan-puan sekalian untuk menggunakan akal dan cuba memikirkan samada sifat-sifat ni ada atau tidak pada mana-mana pihak. Saya tidak buat dakwaan tetapi saya minta tuan-tuan dan puan-puan fikir," katanya.Aku dok ingat Ahmad Maslan dan Zahid Hamidi saja yang pandai buat lawak politik bangang macam ni, rupa-rupanya NGO yang pakai nama Yayasan Murni Aqidah pun tak kurang hebat jugak buat lawak politik bangang.
Berikut merupakan 10 sifat-sifat kedajjalan yang telah disebutkan oleh Aidit, yang dikaitkan dengan Anwar:
1. Orang-orang yang ada sifat dajjal akan sesuaikan hukum Allah dengan akal dan kepentingan diri. Contohnya fahaman liberalisme dan rasionalisme.
2. Suka pada tarikan dunia, syahwat songsang dan meringankan yang haram.
3. Suka dan berani mencabar ketuhanan. Contohnya mengganggap Islam sama rata dengan agama lain.
4. Ada kemahiran luar biasa menundukkan orang.
5. Suka memutar belit kebenaran.
6. Boleh membuat perkara hina tetapi masih lagi ada masyarakat yang menganggap dia berpengaruh.
7. Yang haq (benar) dikata batil (tidak benar), dan yang batil dikata haq.
8. Suka wujudkan (keadaan) porak peranda. Contohnya perkara yang boleh diselesai dengan kata sepakat, sebaliknya dibawa ke jalanan.
9. Ada kaitan rapat dengan golongan Yahudi.
10. Rapat dengan ramalan bersifat kedukunan. - Ibid.
Yang paling menarik bila AstroAwani juga melaporkan:
Sementara itu, Presiden JATI Malaysia Datuk Hasan Ali berkata beliau akui bahawa Anwar seorang yang mempunyai karisma dan aura, namun di akhir-akhir usianya ini dia telah berubah.Lagi lama kena pecat dari PAS rupanya lagi bangang jadinya bekas Ahli Parlimen Parit Buntar ni. Sebelum ni dia sebuk dengan selogan Islam, Melayu dan Raja, hari ni dia tambah lagi satu, nak lawan Anwar Ibrahim Dajjal pulak.
"Saya kawan Anwar Ibrahim, sama pengajian dengan Anwar Ibrahim.. sama tahun, sama keluar universiti dengan Anwar Ibrahim... bersama-sama dengan Anwar Ibrahim. Tetapi di akhir-akhir usianya dia telah mempunyai sifat-sifat dajjal.. adakah Hasan Ali ingin bersama dajjal, penyokong dajjal dan sebagainya?
"Kalau Hasan Ali hendak berpisah dengan dajjal.. bukan Hasan Ali seorang, penyokong kawan-kawan karib Anwar Ibrahim tidak kurang 55 orang seperti Dr Chandra Muzafar dan Ezam Mohd Nor telah meninggalkan Anwar," katanya. - Ibid.
Yang lagi lawaknya kenyataan Dr. Hasan Ali ni dia boleh pulak kaitkan lawak terbaru depa ni dengan 55 orang lain yang tinggalkan Anwar sebelum ni.
Depa-depa tu tinggalkan Anwar sebelum ni pasai tak tahan dengan tekanan politik la Dr. Hasan Ali oooiii... Takdanya sangkut paut dengan Dajjal laa...
Nota kaki makan cekam: Tanpa memang prejudis