Keputusan RASMI PRK Kajang: Chew Mei Fun berjaya dapat balik deposit | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Ahad, Mac 23, 2014

Keputusan RASMI PRK Kajang: Chew Mei Fun berjaya dapat balik deposit

Update
KEPUTUSAN RASMI PRK KAJANG
Chew Mei Fun (BN) - 11,362
Wan Azizah (PKR) - 16,741  
MAJORITI - 5,379 
Undi Rosak - 176
Keluar mengundi - 72.1% 

Malaysiakini melaporkan:  
Menurut Suruhanjaya Pilihan Raya, keputusan bagi pilihan raya kecil DUN Kajang dijangka akan dapat diketahui seawal jam 9 malam.

Jumlah keseluruhan yang keluar mengundi hari ini adalah 72 peratus, lebih rendah dari angka 87 peratus yang direkodkan dalam pilihan raya umum 5 Mei tahun lalu. - Mkini.
Juga dilaporkan:
8.38pm Kira-kira 150 penyokong BN termasuk pengamal media berhimpun Kg Bukit Angkat untuk menikmati satay dan nasi lemak.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dijangka akan hadir ke sini bersama penyokong. Setakat tidak pasti sama ada beliau akan kekal dengan rancangan tersebut.

8:32pm Tak rasmi dari sumber MCA:

PKR: 16,581
BN: 11,242

Majoriti: 5,339

8.15pm Bilik gerakan undi PKR - Suasana meriah dengan kumpulan ahli berhimpun menunggu kemaskini keputusan tidak rasmi pilihan raya kecil Kajang di sini.

Beberapa pemimpin utama parti, termasuk calon PKR Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail, menteri besar Tan Sri Khalid Ibrahim telahpun bertolak ke stadium Majlis Perbandaran Kajang. - Ibid.
Nasib baik betul telahan aku walaupun tak selari dengan Ilham Center yang dikatakan "mempunyai rekod kajian yang baik dalam menjangkakan keputusan pilihan raya kecil sejak PRK Kuala Terengganu tahun 2008 lalu" macam yang aku jangka sebelum ni (di sini dan sebelumnya di sini.)

Bukan kata Ilham Center kalau ada mana-mana center lain pun yang kata Kak Wan akan menang dengan tambahan majoriti lebih 100 undi aku tetap tak percaya, bukan la nak kata aku pandai sangat tapi politik pilihanraya Malaysia ni bukan susah sangat pun nak baca.

Selagi minda politik rakyat Malaysia belum matang terutama sekali minda politik orang melayu selagi tu la keadaan macam ni akan berlanjutan.

Cumanya kalau nak kira hasil dapatan Ilham Center tu kira boleh tahan lagi kalau nak bandingkan dengan 'ramalan Azmin' macam dilaporkan Keadilandaily.
Timbalan Presiden KEADILAN, Azmin Ali percaya dengan semangat yang ditunjukkan melalui perhimpunan Reformasi 2.0 akann menyebabkan calon BN Datin Paduka Chew Mei Fun hilang deposit dalam Pilihan Raya kedil Kajang Ahad ini.

Tegasnya, melalui semangat ini, anak muda terutamanya akan memberikan kemenangan yang luar biasa terhadapa Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

“Ini petanda berakhirnya Umno dan Barisan Nasional.”Saya mahu Datuk Seri Dr Wan Azizah menang luar biasa nanti dan saya berdoa agar calon BN hilang pengundinya dalam PRK Kajang nanti,” katanya di hadapan 13 ribu orang di Stadium Kajang. - Keadilandaily.
Nak harap apa kalau takat semangat 13ribu orang di Stadium Kajang tu. Tak jadi apanya kalau setakat semangat Reformasi 2.0 tu kalau sekadar semangat berhimpun kat tengah padang dengar ceramah berdegar-degar sambil makan kacang rebus.

Walau bagaimanapun, tahniah untuk Jentera Pilihanraya PR untuk PRK Kajang pasai berjaya menang walaupun gagal hilangkan deposit Chew Mei Fun.

Juga tahniah pasai menang di Lokaliti Taman Delima dan Sg Sekamat, lokaliti majoriti melayu yang calon PKR kalah masa PRU13 lepas.

Update keputusan rasmi

Sumber: Facebook
Nota kaki makan cekam:  Tanpa memang prejudis

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...