Wan Azizah tentu akan menang dengan majoriti jauh lebih rendah PRK Kajang? | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Ahad, Mac 23, 2014

Wan Azizah tentu akan menang dengan majoriti jauh lebih rendah PRK Kajang?

Kalau peratus keluar mengundi lebih dari PRU13 lepas maknanya Umno BN berjaya bagi pengundi hantu mengundi PRK Kajang. Lagi tinggi peratus keluar mengundi maknanya lagi banyak la pengundi hantu yang mengundi.

TheMalaysianInsider melaporkan:
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menjangka lebih 80% daripada 38,055 pemilih berdaftar di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang akan keluar mengundi hari ini.

Setiausaha SPR, Datuk Abdul Ghani Salleh, berkata jangkaan berdasarkan trend pengundian dan peratusan keluar mengundi di DUN itu pada pilihan raya terdahulu. - TMI.   
TheMalaysianInsider juga melaporkan:
Bercakap pada sidang media di Kajang semalam, Abdul Ghani tidak menolak kemungkinan peratusan keluar mengundi dalam pilihan raya kecil ini melebihi 88.4% yang dicatat semasa pilihan raya umum ke-13. - Ibid.
Untuk PRK Kajang ni aku tak rasa peratus keluar mengundi akan lebih dari peratus keluar mengundi masa PRU13 lepas, Pasainya aku ramai jugak penyokong PR yang dah muak dengan mainan politik Anwar Ibrahim yang akan tak keluar mengundi di tambah lagi dengan ramai pengundi luar yang tak balik mengundi dengan alasan takkan la Wan Azizah tentu menang punya.

Kalau peratus keluar mengundi lebih dari PRU13 lepas maknanya Umno BN berjaya bagi pengundi hantu mengundi PRK Kajang. Lagi tinggi peratus keluar mengundi maknanya lagi banyak la pengundi hantu yang mengundi.

Atas sebab tu pun aku yakin majoriti yang akan Wan Azizah dapat akan jauh lebih rendah dari yang Lee Chin Cheh dapat masa PRU13.

Lagi pun, langsung tak nampak ada 'wow factor' yang boleh memungkinkan Wan Azizah boleh dapat majoriti lebih besar.

Tambah-tambah pulak dengan pengundi Melayu yang lebih dari 48% aku tak rasa Wan Azizah boleh tarik lebih banyak pengundi melayu malah tak mustahil lebih ramai pengundi melayu akan mengundi calon MCA.

Malaysiakini melaporkan:
PKR bakal menang tetapi dengan majoriti berkurangan sebanyak kira-kira 2,000 undi dalam pilihan raya kecil DUN Kajang esok, dengan peratus keluar mengundi mencecah 85 peratus, kata kajiselidik daripada USCI.

Pengasas Pusat Penyelidikan Undi UCSI Ngerng Miang Hong berkata daripada 400 pengundi yang dihubungi melalui telefon dan temubual langsung, hanya 54.25 peratus berkata mereka akan mengundi calon PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.
Beliau berkata sebahagian besar pengundi yang berkata mereka akan mengundi Chew terdiri dari kalangan orang Melayu, yang mencecah 54 peratus. - Mkini.
Macam yang aku pernah ulas sebelum ni, kalau Wan Azizah dapat majoriti kurang dari yang Lee Chin Cheh dapat masa PRU13 maknanya 'Kajang Move' boleh dianggap gagal, tak kira la apa sebenarnya perangan Anwar dengan 'Kajang Move' tu aku yakin perancangan dia tu pun akan gagal jugak.

Nota kaki makan cekam:  Tanpa memang prejudis

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...