Aku cukup yakin kuasa politik wang masih relevan dengan pengundi melayu termasuk di PRK Kajang ni yang akan banyak mempengaruhi jumlah undi yang calon MCA akan dapat dan dalam masa yang akan mengurangkan banyak majoriti yang akan Kak Wan dapat.
TheMalaysianInsider melaporkan:
Sebuah badan kajian bebas hari ini meramalkan penambahan majoriti undi untuk calon PKR bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, berdasarkan kajiannya sehingga tamat tempoh berkempen malam tadi.
Ilham Center menjangkakan Dr Wan Azizah, yang berdepan dengan calon Barisan Nasional Datin Paduka Chew Mei Fun, dijangka menang dengan penambahan majoriti sebanyak 1000 undi lagi. - TMI.
Juga dilaporkan:
Pengerusi Eksekutif Ilham Center, Muhammad Hisomudin Bakar, memberitahu The Malaysian Insider tengahari ini, anggaran tambahan majoriti itu berdasarkan undi yang diperolehi oleh calon parti Berjasa pada pilihanraya lalu, yang dijangka akan berpindah kepada Dr Wan Azizah.Keadilandaily pula melaporkan:
Berdasarkan soalan yang dikemukakan responden yang merupakan pengundi di Kajang kali ini, 53% yakin calon PKR akan menang manakala 32% sahaja memilih calon BN, dan 11% tidak tahu. - Ibid.
Selepas tamat tempoh kempen lewat malam semalam, berdasarkan kajian lapangan ILHAM Centre, kami dapati sokongan pengundi kepada Parti KEADILAN berada dalam keadaan selesa.Juga dilaporkan:
Rajah 3Barisan Nasional (BN) kelihatan sukar menembusi kubu kuat Pakatan Rakyat (PR) dalam Pilihan Raya Kecil Kajang ini. Malah KEADILAN memperbaiki asas sokongan dengan membuat lonjakan sokongan di kalangan pengundi Melayu kerana faktor calon yang ditampilkan. - Keadilandaily.
Kajian ini menfokuskan kepada pola pengundian Melayu yang mana di dalam pilihan raya kecil ini memperlihatkan pengundi Melayu menjadi sasaran dan rebutan kempen kedua-kedua pihak yang bertanding.Kalau tengok kepada dapatan kajian ILHAM Centre ni nampak macam tak mustahil Kak Wan boleh dapat lebih majoriti dalam PRK Kajang ni. Cumanya aku langsung tak percaya bila dikatakan Kak Wan boleh dapat semua undi yang calon bebas dapat dalam PRU.
“Di dalam Pilihan Raya Umum ke 13 (PRU13) lalu, BN memperolehi sebahagian besar undi mereka daripada daerah mengundi majoriti Melayu seperti Sungai Kantan dan Batu 10 Cheras. Oleh itu, strategi BN ialah berusaha mengekalkan jumlah undi Melayu agar tidak beralih arah kepada Pakatan Rakyat,”kenyataan itu dipetik.
Manakala bagi PR/KEADILAN, kelebihan dengan calon Melayu, sedikit sebanyak mampu meraih undi pengundi yang memilih atas asas Melayu-Islam. Jumlah ini agak signifikan iaitu jika dilihat kepada jumlah undi calon bebas dalam PRU lalu memperolehi seramai hampir 1400 orang.
Jadi, dalam PRK ini, ke mana halatuju pengundi yang mengundi atas pertimbangan Melayu –Islam? - Ibid.
Lagi satu faktor yang tak kurang penting yang patut diambil kira adalah faktor 'kegagalan' Adun PKR sebelum ni yang sikit sebanyak mengurangkan keyakinan pengundi.
Apa pun aku masih prejudis dengan majoriti pengundi melayu tambah-tambah lagi ini adalah PRK di mana kuasa membeli undi oleh Umno BN lebih kuat berbanding masa PRU.
Aku cukup yakin kuasa politik wang masih relevan dengan pengundi melayu termasuk di PRK Kajang ni yang akan banyak mempengaruhi jumlah undi yang calon MCA akan dapat dan dalam masa yang akan mengurangkan banyak majoriti yang akan Kak Wan dapat.
Nota kaki makan cekam: Tanpa memang prejudis