Macam yang aku pernah tulis dalam posting sebelum ni sama macam yang Lim Kit Siang kata, Anwar akan dianggap kalah kalau setakat menang PRK Kajang dengan majoriti kecil., malah Anwar patut dapat majoriti lebih dari yang Lee Chin Cheh
Harakahdaily melaporkan:
Lim Kit Siang mengulang seruan Pengerusi Kebangsaan DAP, Karpal Singh untuk memastikan Datuk Seri Anwar Ibrahim menang besar pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Kajang.
Menurutnya, majoriti kecil adalah satu kekalahan, justeru Pakatan Rakyat mesti mensasarkan satu kemenangan bersejarah, yang akan membuka pencapaian dan kejayaan yang lebih besar untuk tahun-tahun akan datang. - Hrkh.
Harakahdaily juga melaporkan:
Menurut beliau PRK Kajang adalah yang paling penting dalam sejarah Malaysia kerana ia bukan hanya penentu masa depan Kajang dan Selangor, malah seluruh negara.Bab ni aku sangat setuju dengan Lim Kit Siang. Kalau tengok atas kertas memang mustahil Anwar akan kalah di Kajang. Walaupun ada masalah dalaman dan kalau ditambah ada sabotaj sekali pun aku langsung tak fikir Anwar akan kalah.
“Ia bukan sekadar tentukan siapa yang akan menjadi wakil di Dewan Undangan Negeri serta corak kepimpinan dalam politik Selangor, malah paling penting, corak politik di Putrajaya.
“Maka, ketiga-tiga komponen Pakatan Rakyat perlu memastikan kemenangan besar Anwar, yang pasti akan memberikan mesej bahawa (kerajaan pusat) Putrajaya sedang menunggu perubahan pada Pilihan Raya Umum ke-14,” kata Ketua Parlimen DAP itu dipetik Roketkini. - Ibid.
Aku cukup yakin ada dikalangan ahli dan penyokong Pakatan Rakyat yang memang dah semakin meluat termasuk dengan Anwar sendiri tapi depa akan tutup mata dan tetap jugak undi Anwar. Pasainya seteruk mana pun Pakatan Rakyat dan Anwar sendiri aku yakin depa tak percaya Umno BN berpuluh ganda lagi teruk.
Lagi satu macam yang aku pernah tulis dalam posting sebelum ni sama macam yang Lim Kit Siang kata, Anwar akan dianggap kalah kalau setakat menang dengan majoriti kecil., malah Anwar patut dapat majoriti lebih dari yang Lee Chin Cheh
Kalau Anwar dapat majoriti kurang dari 6,824 macam yang Lee Chin Cheh dapat masa PRU13 hari tu bagi aku Anwar sebenarnya kalah.Untuk pastikan Anwar menang dengan majoriti besar, jentera PRK kena pastikan takdak penyokong Pakatan Rakyat yang tak keluar mengundi pasai yakin Anwar tentu menang.
Sebagai Ketua Umum PKR merangkap Ketua Pembangkang dan dijaja pulak sebagai bakal Menteri Besar, Anwar sepatutnya boleh tarik undi orang Kajang lebih dari Lee Chin Cheah yang katanya langsung tak popular sebelum jadi calon PRU13 hari tu. - Ibid.
Aku cukup setuju dengan strategi macam yang dilaporkan TheMalaysianInsider:
Pakatan Rakyat mensasarkan sejumlah besar iaitu lebih 88% pengundi akan keluar membuang undi pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang pada 23 Mac ini sebagai tanda bahawa rakyat Malaysia tidak tunduk kepada ekstremis.Kalau angka 88% keluar mengundi tu tercapai maknanya jentera PRK berjaya pastikan semua penyokong Pakatan Rakyat keluar mengundi.
Penasihat DAP, Lim Kit Siang, berkata pilihan raya kecil itu adalah penting untuk pengundi Kajang menunjukkan bahawa kebanyakan rakyat Malaysia mahu keamanan dan harmoni serta mengutuk mereka yang cuba mencetuskan kebencian antara kaum dan agama. - TMI.
Cumanya ada kemungkinan jugak angka 88% tu tercapai kalau Umno BN buat kerja gila selit banyak pengundi hantu. Tapi kalau peratus keluar mengundi lebih 90% memang sah ramai pengundi hantu keluar mengundi.
Nota kaki makan cekam: Tanpa memang prejudis