Kalau nak banding Adnan Mansor dengan Ahmad Maslan, Ahmad Maslan lagi siuman dari Adnan Mansor pasai dia sedar PRK Kajang ibarat "mission impossible" untuk BN.
Bharian melaporkan:
Calon Barisan Nasional (BN) Datin Paduka Chew Mei Fun mempunyai kemampuan dan berpeluang cerah untuk menang pada Pilihan Raya Kecil (PKR) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang pada 23 Mac ini.
Setiausaha Agung BN, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata Chew yang juga naib presiden MCA mempunyai pengalaman menjadi wakil rakyat kerana pernah menjadi anggota Parlimen Petaling Jaya Utara selama dua penggal mulai 1999 hingga 2008. - Bharian.
Pemimpin Umnno ni tak habih-habih nak buat lawak. Kalau nak main saraf pun agak-agak la. Kalau kata ada harapan untuk menang boleh la diterima jugak tapi kalau kata peluang cerah tu terlebih saraf sangat kut.
Yang lagi lawaknya Adnan Mansor bagi alasan pasai Chew Mei Fun pernah menang 2 penggal di Parlimen Petaling Jaya Utara, langsung tak relevan ku pasai masa PRU12 dia kalah .
Dia kalah pulak tu bukan calang-calang punya kalah. Dari menang majoriti 13,043 undi dia boleh kalah pulak dengan majoriti 19,972 undi, dari dapat 32ribu lebih undi cuma tinggal 17ribu lebih saja, lari hampir 15ribu undi.
Kalau nak banding Adnan Mansor dengan Ahmad Maslan, Ahmad Maslan lagi siuman dari Adnan Mansor.
TheMalaysianInsider melaporkan:
Ahmad berkata lagi, meskipun misi BN untuk menang di Kajang ibarat "mission impossible", parti kerajaan itu jelasnya mampu menewaskan Anwar.Semua orang yang sihat minda dan celik politik yakin Anwar pasti menang cuma yang 'bangang' macam Adnan Mansor saja yang sanggup kata Anwar ada peluang yang cerah untuk kalah. Cuma yang belum pasti lagi berapa besar majoriti yang Anwar boleh dapat.
"Ia bukan perkara mustahil. 'Mission impossible' selalunya berjaya," katanya, dan menambah, BN hanya memerlukan kira-kira 3,500 undi untuk menewaskan PKR. - TMI.
Kalau Anwar dapat majoriti kurang dari 6,824 macam yang Lee Chin Cheh dapat masa PRU13 hari tu bagi aku Anwar sebenarnya kalah.
Sebagai Ketua Umum PKR merangkap Ketua Pembangkang dan dijaja pulak sebagai bakal Menteri Besar, Anwar sepatutnya boleh tarik undi orang Kajang lebih dari Lee Chin Cheah yang katanya langsung tak popular sebelum jadi calon PRU13 hari tu.
Nota kaki makan cekam: Tanpa memang prejudis