Kalau ada yang kata Khalid Ibrahim tak pandai berpolitik aku rasa hangpa silap besar pasai MOU Khalid dengan Kelantan ni adalah satu langkah politik yang sangat hebat dari Khalid selepas satu negara kecoh dengan MOU air Selangor yang dia buat dengan kerajaan pusat.
Harakahdaily melaporkan:
Kerajaan Kelantan dan Selangor semalam mencapai persetujuan untuk melaksanakan tujuh projek usahasama bagi manfaat ekonomi kedua-dua negeri yang ditadbir Pakatan Rakyat.
Sehubungan itu satu memorandum persefahaman (MoU) ditandatangani kedua belah pihak bertempat di kediaman rasmi Menteri Besar Kelantan di JKR10, dekat sini, semalam. - Hrkh.
Dalam ramai masih sibuk dengan kontroversi MOU air Selangor Khalid Ibrahim buat satu lagi MOU, kali ni dengan kerajaan Negeri Kelantan pulak.
Pasai apa takdak yang persoalkan MOU Selangor dengan Kelantan ni pasainya kalau tengok apa yang dilaporkan Harakahdaily nampak macam MOU yang diusahakan Khalid ni lebih menguntungkan Kelantan dari Selangor.
Harakahdaily juga melaporkan:
Daripada tujuh projek yang dirangka, empat bakal dilaksanakan Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK) membabitkan pusat halal hub bertaraf antarabangsa, pendidikan, rawatan air dan sistem horas.Ada 7 projek, 4 dilaksanakan PMBK dan lagi 3 dilaksanakan PKINK, langsung takdak satu pun yang akan dilaksanakan oleh PKNS ataupun Perbadanan Menteri Besar Selangor. (MBI).
Tiga lagi projek pula bakal dikendalikan Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK) bagi mengembangkan Ar Rahn (sistem gadaian Islam) di Selangor, pembangunan wifi dan jalur lebar di Selangor dan mewujudkan pusat pengumpulan pemasaran bagi produk makanan halal keluaran usahawan Kelantan dan Selangor. - Ibid.
Yang patut dimushkilkan pasai apa langsung tak disebut berapa jumlah dana yang akan terlibat, pasai biasanya mana-mana MOU perdagangan pihak yang terlibat akan dengan bangganya sebut nilai jutaan ataupun billionan yang terlibat.
Yang aku sikit herannya pasai apa pulak takdak siapa bising pun nak tau apa isi MOU tu. Mungkin kut pasai MOU tu.
Kalau ada yang kata Khalid Ibrahim tak pandai berpolitik aku rasa hangpa silap besar pasai MOU Khalid dengan Kelantan ni adalah satu langkah politik yang sangat hebat dari Khalid selepas satu negara kecoh dengan MOU air Selangor yang dia buat dengan kerajaan pusat.
Hebatnya cara politik Khalid pasai dia tak gunakan kaedah ahli politik konvensional tapi dia guna kaedah politik ekonomi yang memang aku yakin Azmin langsung tak boleh lawan...
Hahaha...
Nota kaki makan cekam: Tanpa memang prejudis