Siapa Prof Madya Dr. Azmi Sharom nak pertikai hukum hudud ni? | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Ahad, Mac 02, 2014

Siapa Prof Madya Dr. Azmi Sharom nak pertikai hukum hudud ni?

Aku takdak masalah langsung dengan gaya rambut Dr. Azmi Sharom yang macam Wong Fei Hong tu, atau pun di Universiti Malaya tu dalam bidang "Conflict of Laws Environmental Law Civil Liberties" tapi pemikiran dan kefahaman yang macam menolak hukum hudud tu yang aku tak boleh bersetuju.

TheMalaysianInsider melaporkan:
Hudud, atau hukuman jenayah serius mengikut undang-undang syariah, dihasilkan sarjana Islam masa lampau berdasarkan pemahaman mereka tentang Al-Quran dan hadis, maka "angkuh" seseorang jika mendakwa dirinya mendapat hidayah Tuhan dalam melaksanakan undang-undang itu, kata profesor perundangan.

Pensyarah undang-undang Universiti Malaya, Prof Madya Dr Azmi Sharom, mempersoalkan dakwaan Sultan Brunei mendapat hidayah daripada Tuhan dalam mengumumkan pelaksanaan hudud di negara Islam itu, baru-baru ini. - TMI.    
Aku tak peduli sangat bab dia kata Sultan Brunei angkuh tu walaupun pada aku tak salah pun istilah yang Sultan Brunei gunakan tu. Lagi pun aku yakin Sultan Brunei bukannya cipta hukum hudud yang baru. Dia cuma dapat hidayah untuk melaksanakannya saja.

Yang aku pedulinya bila Pfor Madya Dr. Azmi Sharom juga dilaporkan kata:
"Bagi saya, ia adalah hidayah daripada segelintir sarjana Islam pada masa lampau, dan adalah sedikit angkuh untuk mengaku menerima hidayah daripada Tuhan.

"Ia (hudud) adalah kebanyakannya ciptaan manusia, dan diilhamkan beberapa prinsip yang menurut mereka harus dicerminkan dengan cara ini, tapi ia terbuka kepada perdebatan," katanya ketika ditemuramah oleh stesen itu, semalam. - Ibid.

KAlau nai ikut dari segi istilah, istilah 'hidayah' yang Sultan Brunei gunakan tu jauh lebih tepat dari istilah 'ciptaan' yang Dr. Azmi Sharom gunakan tu. Malah istilah 'ciptaan' bukan setakat tak tepat tapi langsung tak sesuai, langsung tak kena dalam kontek 'cipta' hukum hudud.

Aku takdak masalah langsung dengan gaya rambut Dr. Azmi yang bertocang macam Wong Fei Hong tu, atau pun di Universiti Malaya tu dalam bidang "Conflict of Laws Environmental Law Civil Liberties" tapi pemikiran dan kefahaman yang macam menolak hukum hudud tu yang aku tak boleh bersetuju.

Takdak masalah apa sangat kut kalau takat nak berdebat pasai detail dan kaedah perlaksanaan hukum hudud tapi bila kata hukum hudud tu ciptaan manusia, itu satu tuduhan yang sangat jelas berfahaman songsang dan berniat jahat.

Tak kira la dia sokong Pakataran Rakyat ataupun lawan BN tapi kalau jenis Islam tapi lawan hudud ni dah termasuk kerja CELAKA seorang Prof bertaraf Kangkung...

Nota kaki makan cekam:  Tanpa memang prejudis

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...