Tak payah tanya la kut pasai duit zakat, golongan macam ni majoritinya tak berapa nak layak dapat duit zakat berbanding untuk membiayai bangunan pejabat zakat yang tersergam indah dengan pegawai bertali leher yang terperap dalam pejabat berhawa dingin.
Oleh: Burhanuldin Mohammad
Petang tadi saya teruskan usaha riki untuk mencari beberapa lagi keluarga yg akan dikunjungi pada Ahad nanti insyaAllah. Perasaan saya sedikit terusik dengan keletah 2 orang budak bila dia orang bercerita tentang pengalamannya pagi tadi.
"Maso sayo balik sekoloh takdi, tibo-tibo beg sekoloh raso reknge (ringan), tengok belake buku-buku habih jatuh, beg sayo ssoyok (terkoyak)"
Adik beradik lain semua gelak, saya pun turut tersenyum..lalu saya tanyakan pada ayahnya berkenaan beg sekolah dan kasut. Seperti biasa, golongan kurang berkemampuan seperti mereka akan menjawab, beli sikit-sikit lah, ikut keperluan yang mana lebih utama untuk disegerakan, nak sediakan semua sekaligus memang tak mampu...
Bila saya tanyakan pada abang dia pulak, budak tu jawab :
"Beg sayo ok lagi, ssoyok sikit jah, tapi kasut ssoyok banyok, tubik habis jari kaki"
Sekali lagi budak-budak tu pakat gelak...ceria sungguh....
Sebelum balik saya bagitau mereka :
"Kalu ssoyok tu alamatnya hari ni hari terakhir lah beg dan kasut tu berkhidmat untuk tuan dia, esok pagi insyaAllah pokcik maghi pulok, nati pokcik beli beg dan kasut baru, nok beg kalar ggapo"
"Pink".
Patutlah lorong bersebelahan jambatan keretapi merentangi jalan Guchil-Kuala Krai yg selama ini saya sangkakan hanya jalan menuju ke tempat penyelenggaraan rel keretapi, seolah menggamit saya untuk memasukinya, rupanya di hujung lorong itu diam beberapa keluarga yg perlukan bantuan..
InsyaAllah...nanti pakcik datang lagi...
Kalau nak baca kisah-kisah realiti macam ni boleh join group facebook Wargakilang, banyak lagi kisah-kisah yang menggambarkan betapa penurunan harga kangkung langsung tak bagi erti apa-apa.
Tak payah tanya la kut pasai duit zakat, golongan mcaam ni majoritinya tak berapa nak layak dapat duit zakat berbanding untuk membiayai bangunan pejabat zakat yang tersergam indah dengan pegawai bertali leher yang terperap dalam pejabat berhawa dingin.
Jugak tak payah tanya mana YB pasai YB mungkin sentiasa sibuk dengan sidang dewan atau pun sibuk agenda politik yang sampai kiamat pun takkan selesai.
Yang eloknya tanya diri kita sendiri, apa yang kita boleh bantu termasuk kalau ada kemampuan untuk tolong pi 'langgar' pejabat zakat, pejabat YB, pejabat Jabatan Kenajikan Masyarakat dan macam-macam pejabat lagi...
Nota kaki makan cekam: Tanpa memang prejudis