Kalau Azmin yang jadi MB, Ibu Pejabat PKR Selangor takkan kena SITA? | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Rabu, Januari 15, 2014

Kalau Azmin yang jadi MB, Ibu Pejabat PKR Selangor takkan kena SITA?

Kalau Azmin yang jadi MB aku yakin takkan berani MPPJ  sita HQ PKR Selangor kalau pun sewa tak dibayar, aku sangat-sangat yakin MPPJ takkan 'berani' punya...

Otai Reformasi II update status facebook dia:
Sedih bila pintu HQ PKR Selangor dikunci akibat diSITA MPPJ kerena tidak membayar sewa sejak beberapa bulan yg lalu..

fenin bila memikirkan bahawa Selangor dibawah PKR mempunyai aset berbilion-bilion..

terharu dan rasa bangga dgn pucuk pimpinan PKR Selangor yg tidak menyalahgunakan wang kerajaan negeri bagi kegunaan parti..

pendapat korang lak camane? - Facebook.  
Kita kena tengok dari 2 sudut, yang pertama awat PKR Selangor miskin sangat ka sampai tak mampu bayar sewa sejak beberapa bulan lalu. Atau pun depa sebenarnya ada duit tapi pengurusan hancur sampai sewa pejabat tak bayar beberapa bulan pun tak perasan ataupun duit mermang takdak pasai ada kakii songlap.

Realitinya? Aku taktau dan malas nak sibuk-sibuk nak ambil tau.

Setakat ni tak aku pernah dengar lagi pejabat PAS atau DAP kena sita pasai tak mampu nak bayar sewa. Bab PKR aku tak tau tapi kalau PAS di peringkat kawasan atau cawangan tak mampu nak bayar sewa aku yakiin depa sedar diri dan pindah ke tempat lain.

Bukannya buat bodoh walaupun tak bayar sewa tapi tak reti-reti nak pindah, lepas tu bila kena sita baru la gelabah bewak.

Ni semua 'salah' MB Selangor Khalid Ibrahim la ni, Aku yakin kalau Azmin yang jadi MB takkan ada pejabat PKR yang akan kena sita.

Sebelum ni pada bulan Mei lepas aku ada tulis:
Dari apa yang Azmin cakap tu aku boleh tangkap ada 2 sebab atau faktor yang pada Azmin Ali kerusi Menteri Besar Selangor tak layak diduduki Khalid Ibrahim.
  1. Khalid Ibrahim tak layak jadi MB Selangor pasai dia tak suka layan wakil rakyat PKR jumpa dia nak minta projek?
  2. Khalid Ibrahim tak layak jadi MB pasai tak suka layan profile bisness ahli perniagaan modai airliur yang pemimpin PKR huluq kat dia? - Ibid.
Maknanya kalau Azmin yang jadi MB tentu dia dengan gembira akan buat 2 benda tu tan tentunya akan ada 'pulangan' untuk parti dan tak timbul la kut HQ PKR Selangor disita pasai tak bayar sewa.

Lagi satu, kalau Azmin yang jadi MB aku yakin takkan berani MPPJ  sita HQ PKR Selangor kalau pun sewa tak dibayar, aku sangat-sangat yakin MPPJ takkan 'berani' punya...





Nota kaki makan cekam:  Tanpa memang prejudis

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...