Pada aku Azmin sangat tak layak jadi Ahli Lembaga Pengarah PKNS. Takkan la 'bakal' Presiden PKR pegang jawatan takat Ahli Lembaga Pengarah PKNS saja, berapa sangat elaun kalau takat ALP tu.
Sinarharian melaporkan:
Susulan pengguguran Timbalan Presiden PKR sebagai Ahli Lembaga Pengarah Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS), Ketua Wanita PKR, Zuraida Kamaruddin menegaskan satu memorandum untuk mendapatkan penjelasan mengenai perkara itu akan diserahkan kepada presiden parti, esok.
Menurutnya, melalui satu mesyuarat yang telah diadakan semalam bersama Majlis Pimpinan Negeri Selangor, memutuskan tidak bersetuju dengan keputusan Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang menggugurkan Mohamed Azmin dalam PKNS. - Sinarharian.
Macam yang dijangka, puak-puak penyokong Azmin akan bangun melawan dalam isu Azmin kena 'pecat' dari jadi Ahli Lembaga Pengarah PKNS tu.
Sinarharian juga melaporkan:
"Kita telah adakan mesyuarat semalam bersama pentadbiran negeri, memang kita tak bersetuju Azmin digugurkan, kita mahukan penjelasan proses pengguguran itu dilakukan daripada menteri besar.Biasa la orang politik, bila bos depa kena 'aniaya' tentu la para penyokong depa pertahankan, tambah-tambah lagi yang dah sampai tahap 'penjilat' akan bermati-matian mempertahankan bos dia.
"Azmin mempunyai prestasi yang baik dalam PKNS... kita juga putuskan akan menghantar satu memo kepada Presiden PKR, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail untuk membantu mendapatkan penjelasan daripada menteri besar pada esok, dalam mesyuarat biro Pusat," katanya kepada Sinar Harian Online, hari ini. - Ibid.
Cumanya, aku suka tengok dari sudut lain. Pada aku Azmin sangat tak layak jadi Ahli Lembaga Pengarah PKNS atau lebih tepat lagi kalau takat jawatan tahap tu mana layak untuk Azmin.
Kalau betul Anwar tak sudi nak jadi Presiden PKR dan tetap dengan 'jawatan' Ketua Umum, sapa lagi yang mampu untuk halang Azmin dari menang jawatan Presiden PKR.
Takkan la 'bakal' Presiden PKR pegang jawatan takat Ahli Lembaga Pengarah PKNS, kalau jawatan pengerusi ALP mungkin la sesuai. Apa sangat kuasa yang dia ada sebagai ALP PKNS tu.
Berapa sangat elaun kalau takat ALP saja. Takkan kut Azmin yang dah kaya-raya tu kebuloq sangat dengan elaun ALP yang tak berapa duit tu.
Nota kaki makan cekam: Tanpa memang prejudis