Apa pun, aku harap sangat Mat Sabu saman Zahid Hamidi pasai tuduh Mat Sabu Syiah tu, moga-moga dengan kes tu masuk mahkamah isu syiah dalam PAS ni padam, tak lagi jadi isu pilihanraya maupun masa pemilihan parti
Malaysiakini melaporkan:
Naib presiden Umno Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata beliau tidak pernah menyebut nama timbalan presiden PAS Mohamad Sabu ketika menggesa agar “orang nombor dua” PAS dikenakan tindakan kerana mengamalkan fahaman Syiah.
“Saya tidak pernah sebut (nama) Mat Sabu, saya sebut 'nombor dua',” katanya ketika ditanya dalam satu sidang media pagi ini berhubung tindakan yang akan dikenakan ke atas Mohamad. - Mkini.
Zahid dah kecut teloq dah la tu, dah risau bila dengan cerita Mat Sabu nak saman dia, tambah-tambah pulak Jamil Khair pun macam tak berapa setuju dengan tuduhan dia yang kata 'orang nombor 2 dalam PAS' tu penganut Syiah.
Tambah-tambah lagi pernah dilaporkan sebelum ni:
Datuk Seri Jamil Khir Baharom (gambar) menegaskan penganut ajaran Syiah di negara ini tidak mempunyai halangan mengamalkan mazhab itu.Lagi pulak, ingat senang ka nak buktikan seseorang tu penganut Syiah, pasainya menganut ka dak ni benda iktikaq, benda dalaman. Tambah-tambah pulak dalam Syiah ada satu kaedah depa yang dinamakan taqiyah atau dalam bahasa melayu berpura-pura.
Bagaimanapun menurut beliau yang menjadi kesalahan apabila pengikut Syiah cuba untuk menyebarkan ajaran tersebut.
"Siapa pun mereka sama ada penganut Buddha, Hindu mereka berhak untuk mengamalkan ajaran agama masing-masing namun yang menjadi salah apabila mereka cuma mengembangkan ajaran tersebut kepada orang Islam," kata Jamil Khir - TMI.
Lagi-lagi menurut keterangan ulama syiah sendiri bahwa taqiyah hukumnya wajib hingga imam ke 12 bangkit dari "tidur panjangnya". Ibnu Babawaih Al Qummi yang dijuluki Ash Shaduq –yang selalu berkata benar- mengatakan:Kecuali la kalau pagawai Zahid ada bukti kukuh contohnya video Mat Sabu mengaku sebagai Syiah atau pun buat amalan yang terang-terang amalan penganut Syiah, tu pun peguam Mat Sabu masih boleh pertikaikan macam-macam, masih boleh spin macam-macam.
Keyakinan kami bahwa taqiyah adalah wajib, meninggalkan taqiyah sama seperti meninggalkan shalat, tidak boleh ditinggalkan hingga keluarnya Imam Mahdi siapa yang meninggalkan taqiyah sebelum keluarnya Imam Mahdi maka telah keluar dari agama Allah (Islam), keluar dari agama Imamiyah dan menyelisihi Allah, Rasul dan para imam. (Bisa dilihat dalam kitab Al I'tiqadat hal 114. Pada cetakan Darul Mufid tex di atas ada pada hal 108.) - Hakekat.
Malaysiakini juga melaporkan:
Beliau juga berkata, pegawainya akan mengadakan satu lagi sidang media untuk mendedahkan bukti berhubung dakwaan bahawa “orang nombor dua” itu berfahaman Syiah.Lebih pelik lagi Malaysiakini juga melaporkan:
Menteri dalam negeri itu juga berkata “orang nombor dua PAS” itu tidak perlu takut kerana pegawainya akan mendedahkan bukti tersebut. - Ibid.
Tambahnya, tindakan penahanan itu boleh dijalankan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia dan pihak berkuasa agama negeri.Dia kata macam tu untuk berlepas tangan pasainya dia pun tau memang susah nak dakwa pengikut syiah. Kalau kes di Perak
Kementeriannya tidak bertanggungjawab ke atas tindakan penahanan seperti itu, katanya yang turut mendakwa bahawa pengikut Syiah akan berpura-pura tidak mengamalkan ajaran seperti itu. - Ibid.
Pada 6 Ogos 2013 Bernama melaporkan:
Jabatan Agama Islam Perak (JAIPK) menahan dua individu, termasuk seorang doktor wanita, di Kamunting, Taiping, Perak kerana dipercayai terbabit dengan fahaman serta ajaran Syiah.Pasai apa suami kepada Dr. Nur Azah tu tak ditahan sedangkan kalau ikut ceritanya dia yang lebih terkenal sebagai syiah. Dua orang yang ditahan tu pun atas kesalahann 'memiliki buku dan dokumen berkaitan Syiah' bukan pengamal syiah.
Pengarah JAIPK, Datuk Mohd Yusop Husin, berkata mereka yang ditahan ialah Dr Nur Azah Abdul Halim, 41, dan Mohammad Ridzuan Yusof, 51.
Dr Nur Azah ditahan di Medan Kamunting, Taiping manakala Mohammad Ridzuan ditahan di sebuah premis di Kampung Klian Pauh Baru, Jalan Kamunting Lama, Taiping dalam serbuan yang bermula jam 11.25 pagi semalam.
"Dalam serbuan itu, JAIPK merampas buku, cakera padat (CD) dan poster," katanya melalui khidmat pesanan ringkas.
Beliau berkata mereka ditahan mengikut Seksyen 16, Enakmen Jenayah Perak 1992 iaitu mengingkari fatwa mufti kerana memiliki buku dan dokumen berkaitan Syiah. - Mkini.
Apa pun, aku harap sangat Mast Sabu saman Zahid pasai tuduh dia Syiah tu, moga-moga dengan kes tu masuk mahkamah isu syiah dalam PAS ni padam, tak lagi jadi isu pilihanraya maupun masa pemilihan parti, meluat sungguh dah aku dengan isu yang dah berpuluh tahun tak selesai-selessai lagi ni.
Nota kaki makan cekam: Tanpa memang prejudis