Perkara yang wajib PAS tiru dari Persidangan Agung Umno (PAU) 2013 | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Isnin, Disember 09, 2013

Perkara yang wajib PAS tiru dari Persidangan Agung Umno (PAU) 2013

Jadinya aku harap sangat-sangat PAS tiru idea Umno ni dan ujudkan KPI untuk cawangan dan kawasan PAS tu secepat mungkin untuk pastikan setiap cawangan dan kawasan PAS hidup aktif dan berjalan lancar dan lebih penting lagi sekurang-kurangnya menepati 'KPI' yang jelas termaktub dalam perlembagaan parti.

Gambar Hiasan
Malaysiakini pada 5 Disember melaporkan:
Presiden Umno Datuk Seri Najib Tun Razak berkata parti itu akan memperkenalkan sistem indeks penunjuk prestasi (KPI) untuk mengukuhkan pengaruh parti itu.

Najib berkata, setiap cawangan dan bahagian akan dipantau dan diaudit secara berkala untuk menilai prestasi masing-masing melalui sistem itu.

“Melalui kaedah ini, sebarang isu, masalah atau ketidakpatuhan yang berlaku boleh dikesan dan tindakan pembetulan dapat diambil dengan segera,” katanya semasa menyampaikan ucapan dasar presiden di Perhimpunan Agung Umno 2013 hari ini. - Mkini
Penchachai Umno selalu tuduh yang penyokong pembangkang tak pernah mengakui kebaikan Umno. Realitinya memang pun bukan semua yang Umno buat tu teruk belaka walaupun tak dapat dinafikan kebanyakkannya memang buruk pun malah buruk sangat-sangat terutama sekali kalau berkait dengan rasuah dan penyalahgunaan kuasa.

Macam laporan Malaysiakini tu, cadangan Umno nak ujudkan KPI untuk menilai prestasi cawangan dan bahagian tu adalah satu benda sangat-sangat baik yang patut sangat-sangat PAS tiru.

Malah mungkin sesuai kut kalau aku kata cadangan mengujudkan PKI tu 'wajib' PAS tiru untuk pantau cawangan dan kawasan PAS dengan lebih berkesan.

Rasulullah SAW ada bersabda yang bermaksud "Kebijaksanaan adalah barang tercicir kepunyaan seseorang yang beriman, maka di mana sahaja dia mendapatinya, dialah yang berhak memungutnya." (Riwayat Ibn Majah)

Aku malas nak ulas panjang pasai masalah diperingkat cawangan dan kawasan PAS yang patut dipantau melalui KPI ni, kalau panjang aku tulis akan banyak rahsia parti terkeluar pulak nanti.

Jadinya aku harap sangat-sangat PAS tiru idea Umno ni dan ujudkan KPI unjud cawangan dan kawasan PAS tu secepat mungkin untuk pastikan setiap cawangan dan kawasan PAS hidup aktif dan berjalan lancar dan lebih penting lagi sekurang-kurangnya menepati 'KPI' yang jelas termaktub dalam perlembagaan parti.

Bukan setakat untuk cawangan dan kawasan PAS saja, malah KPI untuk peringkat negeri pun kena ada untuk pastikan 'insiden memalukan' macam yang berlaku di Pulau Pinang beberapa hari sebelum Muktamar Agung ke-59 baru-baru ni tak berulang.

Yang paling aku takut sekali, akibat cawangan dan kawasan PAS tak dipantau dengan berkesan tak mustahil PAS akan diistiharkan haram akibat ada cawangan PAS bergerak secara haram.

Nota kaki makan cekam:  Tanpa memang prejudis

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...