Kabinet Dewan Pemuda PAS Perak vs Dewan Pemuda PAS Malaysia | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Jumaat, Disember 13, 2013

Kabinet Dewan Pemuda PAS Perak vs Dewan Pemuda PAS Malaysia

Kalau Pemuda Pusat tak lantik Zul Hazmi dan Dr. Raja Iskandar yang masih dalam umur pemuda sebagai AJK tambahan Dewan Pemuda PAS Malaysia, memang kompom kut ada sesuatu yang cukup tak kena dalam Jawatankuasa Pemuda PAS Pusat yang perwakilan lantik masa muktamar Pemuda baru ni.

Ketua Pemuda PAS Perak yang baru, Dr. Raja Iskandar Al-Hiss update status facebook dia:
Alhamdulillah, Dewan Pemuda PAS Negeri Perak telah berjaya melantik jawatankuasa bagi sesi 2013-2015 setelah berbincang secara harmoni diantara Ketua, Timbalan dan Naib serta ahli jawatankuasa yang menang dalam muktamar lalu.

Pemilihan ini dengan mengambil kira cadangan, pandangan dan idea selepas mesyuarat pertama dahulu.

Kesemua jawatankuasa harian telah berjaya dilantik disamping membawa masuk 9 lagi exco bagi membawa misi pemuda kali ini. - Facebook.
Berikut adalah senarai penuh Jawatankuasa Dewan Pemuda PAS Perak sesi 2013-2015 yang Raja Iskandar update dalam facebook dia:-

Pengerusi Tetap: Dr Ahmad Nuri Al-Amin
Timbalan Pengerusi Tetap: Khalilul Rahman Abdul Samad

Ketua Pemuda: Dr Raja Ahmad Iskandar Al-hiss
Timbalan Ketua Pemuda: Ustaz Akmal Kamaruddin
Naib Ketua Pemuda: Ustaz Khairie Jamaluddin

Setiausaha: Ahmad Aidi Adam
Penolong Setiausaha 1: Ustaz Abdulllah Adam
Penolong Setiausaha 2: Ustaz Hafez Sabri
Penolong Setiuasaha 3: Kamarul Hamimi
Bendahari: Ustaz Nazri Din
Ketua Penerangan: Ustaz Syamsul Alaudin
Pengarah Pilihanraya: Ustaz Haji Fakhrulrazi Mokhtar

Barisan Exco:-
1. Ustaz Ismi Mat Taib
2. Ustaz Mohd Faisal Phuait
3. Ustaz Akmal Abdullah Sani
4. Ustaz Fairuz Hafiz Othman
5. Ustaz Mohd Hakim Mohd Nor
6. Ustaz Anuar Murad

Exco yang dilantik
7. YB Ustaz Zawawi Hassan
8. Salman Saleh
9. Syaakirin Hussien
10. Zamri Ibrahim
11. Mohd Fitri Asmuni
12. Azahari Yahaya
13. Zulhazmin Badri
14. Hairul Nizam Ishak
15. Ustaz Mujahid Fadzi

Aku takdak apa nak komen pasai line-up Pemuda PAS Perak ni, cumanya aku nak bandingkan dengan pembentukan line-up Pemuda PAS Malaysia macam dalam posting aku yang bertajuk "Kabinet Harian Pemuda PAS: Suhaizan terpaksa menyerah kalah kepada geng Din Ayam?"

Line-up Pemuda PAS Malaysia sebenarnya belum lengkap lagi. Bandingkan dengan line-up Pemuda PAS Perak tentu hangpa perasan.

Sebenarnya Pemuda PAS Malaysia masih belum lantik 3 orang Penolong Setiausaha dan jugak belum lantik AJK tambahan lagi 11 orang supaya cukup maksimum Jawatankuasa Kerja Dewan Pemuda PAS Pusat 28 orang macam yang disebut dalam Fasal 53 Perlembagaan PAS.

Entah apa yang susah sangat untuk Shuhaizan sebagai Ketua Pemuda mencadangkan nama-nama untuk jawatan 3 Penolong Setiausaha dan 11 AJK tambahan tu dan kemudiannya dipersetujui oleh mesyuarat, aku malas nak siasat.

Biasanya, calon yang kalah untuk jawatan Ketua Pemuda, Timbalan dan Naib akan dilantik sebagai AJK tambahan kalau depa masih dalam umur pemuda macam yang Perak buat, melantik Ustaz Zawawi dan Salman Saleh sebagai AJK tambahan dan Ust Nazri dilantik sebagai bendahari.

Kalau Pemuda Pusat tak lantik Zul Hazmi dan Dr. Raja Iskandar yang masih dalam umur pemuda sebagai AJK tambahan memang kompom kut ada sesuatu yang cukup tak kena dalam Jawatankuasa Pemuda PAS Pusat yang perwakilan lantik masa muktamar Pemuda baru ni.

Apa sangat kalau takat nak selit nama depa berdua dalam 11 lagi AJK tambahan yang belum dilantik tu.

Nota kaki makan cekam:  Tanpa memang prejudis

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...