Aku setuju sangat dengan 'hasrat' Pengarah JITP tu malah aku rasa tak salah kalau PAS tiru Umno dalam bab ni, letak tanggungjawab IT dan Media Baru untuk PAS ni di bawah tanggungjawab salah seorang Naib Presiden.
Bharian melaporkan:
KUALA LUMPUR: Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata media sosial akan menjadi satu jambatan penting dalam usaha membentuk generasi pelapis melalui program pengkaderan parti.
Beliau berkata, ini antara rombakan yang akan dibuat terhadap modul pengkaderan UMNO supaya seiring dengan peredaran zaman.
"Saya diberi tanggungjawab melaksanakan sistem pengkaderan dan saya fikir modulnya perlu diubah. Pada 2018 kita akan ada lebih kurang lapan juta pengundi baru. - Bharian.
Nampak di pihak Umno begitu bersungguh-sungguh nak memperkasakan Media Baru mungkin depa cekup sedar yang PRU14 akan datang keperluan untuk Media Baru yang lebih perkasa sangat-sangat perlu.
Di pihak PAS pulak mungkin 2 tulisan Suhaimi Embong, Pengarah Jabatan IT PAS Pusat (JITP) boleh dijadikan kayu pengukur tahap peduli PAS dengan IT terutamanya Media Baru.
1. Muktamar ke-59 dan 5 Agenda Baru IT PAS
2. 15 tahun IT PAS dan resolusi SBIT200 terbengkalai!
Luahan hati yang aku yakin mewakili penggerak utama IT untuk PAS yang sangat-sangat perlu pimpinan PAS peringkat tertinggi baca dan faham dan lebih penting lagi memastikan hasrat terlaksana.
Antara lain Shuhaimi tulis:
Apabila saya toleh semula kebelakang, rupa-rupanya IT ini tidak mendapat tempat yang sewajarntya dalam sebuah organisasi politik kerana mungkin dianggap “orang belakang tabir” sahaja, dan tidak dapat membantu politik PAS untuk mendapatkan kuasa pemerintahan berbanding dengan lain-lain sektor sepetrti Alam Sekitar, Seni dan Budaya serta lain-lain yang lebih penting untuk imej PAS. - Ibid.Mungkin pemerhatian aku tak tepat tapi dari apa yang aku nampak memang tepat macam yang Shuhaimi tulis tu, bukan setakat di belakang tabir tapi selalu sangat pemimpin terlupa depa-depa ni sebenarnya ada dan perlu perhatian macam penggerak lajnah atau jabatan lain.
Pemimpin PAS kena pandai takel 'orang belakang tabir' ni. Depa ni majoritinya memang tak berminat untuk duduk didepan tapi depa jugak ada perasaan dan masalah sama macam orang lain yang perlu jugak dan dijenguk dan disapa selalu, tambah-tambah kalau perasaan dan masalah tu yang melibatkan organisasi.
Dari segi kesannya, hangpa boleh check sendiri blog atau portal rasmi PAS diperingkat negeri dan kawasan, berapa sangat yang aktif diupdate dan berapa pulak yang dah bersawang bertahun-tahun. Macam tu jugak facebook rasmi yang cuma ada seribu dua saja yang LIKE dan cukup jarang update status.
Untuk 'troopers' bebas yang menyokong dan nak tolong PAS, blog/portal dan facebook ni adalah sumber utama peluru. Kalau peluru pun takdak macamana nak bertemput di medan perang?
Jadinya aku setuju sangat dengan 'hasrat' Pengarah JITP tu malah aku rasa tak salah kalau PAS tiru Umno dalam bab ni, letak IT dan Media Baru untuk PAS ni di bawah tanggungjawab salah seorang Naib Presiden, kut-kut boleh ada perubahan drastik.
Nota kaki makan cekam: Tanpa memang prejudis