Kabinet Harian Pemuda PAS: Suhaizan terpaksa menyerah kalah kepada geng Din Ayam? | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Khamis, Disember 12, 2013

Kabinet Harian Pemuda PAS: Suhaizan terpaksa menyerah kalah kepada geng Din Ayam?

Tambah-tambah bila nama Ustaz Zaharuddin Mohamad aka Din Ayam sebagai Ketua Penerangan, aku sangat-sangat yakin itu bukan kemahuan dan hasrat Suhaizan untuk kabinet harian Dewan Pemuda PAS Malaysia sessi 2013/2015.

Suhaizan Kayat, Ketua Dewan pemuda PAS Malaysia dalam status facebook dia tulis:

PENGUMUMAN PELANTIKAN AHLI JAWATANKUASA DPPM SESI 2013-2015
(12 Disember 2013)

Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) telah berjaya membuat beberapa pelantikan baharu jawatankuasa DPPM bagi sesi 2013-2015. Hasil dari mesyuarat DPPM pada 11 Disember 2013, beberapa portfolio penting berjaya diisi.

Sdr Mohd Nasaie bin Ismail dilantik sebagai Setiausaha DPPM, Ustaz Yussaine Yahya sebagai Bendahari, Ustaz Zaharuddin Mohamad sebagai Ketua Penerangan, manakala Pengarah Pilihanraya adalah Sdr Mohd Sany Hamzan. Jawatan Penolong-penolong Setiausaha DPPM serta pelantikan beberapa jawatankuasa tambahan dan pembentukan Lajnah serta Jabatan pula akan dilantik selepas Pelan Strategik DPPM. - Facebook.   
Harap telahan aku tak betul tapi apa yang aku nampak Suhaizan Kayat macam menyerah kalah ja.

Pasainya kalau macam tu bentuk kabinet yang Suhaizan sendiri nak tak patut sangat kut pembentukan Dewan Harian Dewan Pemuda PAS sebelum ni gagal dan terpaksa ditangguhkan sampai semalam.

Aku yakin sebelum ni Suhaizan cadangkan line-up yang berbeza tapi tak dapat persetujuan mesyuarat AJK, Aku rasa dia mencadangkan AJK tambahan untuk isi jawatan-jawatan penting Deewan Harian tu.

Tambah-tambah bila nama Ustaz Zaharuddin Mohamad aka Din Ayam sebagai Ketua Penerangan, aku sangat-sangat yakin itu bukan kemahuan dan hasrat Suhaizan untuk kabinet harian Dewan Pemuda PAS Malaysia sessi 2013/2015.

Apa pun, moga-moga hasil 'syura' AJK Dewan Pemuda yang dipilih secara sah oleh perwakilan Muktamar Pemuda PAS Pusat tu adalam keputusan 'yang terbaik' untuk Pemuda.

Lagi satu, aku harap sangat takdak yang beraksi CELAKA membocorkan rahsia perbincangan 'syura' tu.

Dalam status facebook  tu Suhaizan juga tulis:
Berikut adalah senarai penuh Jawatankuasa DPPM bagi sesi 2013-2015:-

Pengerusi tetap : Ustaz Kamal Ashaari
Timbalan Pengerusi tetap : Dr Ustaz Riduan Mohd Nor

Ketua Pemuda : Suhaizan Kaiat
Timbalan Ketua Pemuda : Ustaz Mohd Khalil Abdul Hadi
Naib Ketua Pemuda : Ir Hj Muhd Khairil Nizam Khiruddin

Setiausaha : Mohd Nasaie Ismail
Bendahari : Ustaz Yussaine Yahya
Ketua Penerangan : Ustaz Zaharuddin Mohamad
Pengarah Pilihanraya : Mohd Sany Hamzan

Ahli jawatankuasa DPPM (dipilih dalam Muktamar DPPM):-
1. Ustaz Syed Abdul Kadir Al Joffre
2. Mohd Fadli Ghani
3. Ustaz Mohd Fadhli Shaari
4. YB Ustaz Ahmad Yahya
5. Mohd Shahir Che Sulaiman
6. Mohd Faizul Salleh
7. Ustaz Afnan Hamimi bin Taib Azzamudden
8. YB Ustaz Mohd Zawawi Abu Hassan
9. Nurul Islam Mohd Yusoff
10. Abang Ahmad Kerdee Abang Masagus

Ketua Pemuda PAS negeri-negeri:-
Perlis : Ustaz Yussaine Yahya
Kedah : Ustaz Mohd Nasir Zakaria
Pulau Pinang : Ustaz Mohd Yusni Mat Piah
Perak : Dr Raja Ahmad Iskandar Al Hiss
Selangor : Ustaz Syarhan Humaizi Abdul Halim
Wilayah Persekutuan : Ir Hj Muhd Khairil Nizam Khiruddin
Negeri Sembilan : Ustaz Nor Azman Mohamad
Melaka : Jauhar Mohd Dawi
Johor : Mohd Faizul Saleh
Pahang : Ustaz Nazri Ahmad
Terengganu : Ustaz Kamaruzaman Abdullah
Kelantan : Ustaz Mohd Fadli Shaari
Sabah : Lahirul Latigu
Sarawak : Mohd Arifiriazul Paijo

SUHAIZAN KAIAT
Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia - ibid.

Nota kaki makan cekam:  Tanpa memang prejudis

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...