Fitnah Mat Sabu Syiah: Dr. Aziz Hanafi dan TG Hj Rahim akan sokong Zahid Komidi atau Mat Sabu? | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Jumaat, Disember 13, 2013

Fitnah Mat Sabu Syiah: Dr. Aziz Hanafi dan TG Hj Rahim akan sokong Zahid Komidi atau Mat Sabu?

Bila kes ni naik di mahkamah ada dua saksi penting yang akan tentu punya dipanggil yang nama depa disebut dalam 10 bukti Mat Sabu Syiah tu. Agak-agak Dr. Aziz Hanafi dan TG Hj Rahim akan duduk belah Mat Sabu atau belah Zahid Komidi dalam isu Mat Sabu dituduh Syiah ni?

Harakahdaily melaporkan:
Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu akan mengambil tindakan undang-undang terhadap Naib Presiden Umno Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berikutan dakwaan menuduhnya mengamalkan ajaran Syiah.

Tindakan serupa juga kata Mohammad akan diambil terhadap Ketua Setiausaha KDN, Datuk Seri Abdul Rahim Mohamad Radzi yang didakwa mengemukakan 'bukti' yang memfitnahnya. - Hrkh.  
Nampak gayanya hampir pasti kut Mat Sabu akan dakwa Zahid Hamidi dan Abdul Rahim Radzi di mahkamah pasai fitnah dia sebagai penganut Syiah.

Sebelum ni aku dah senaraikan ringkasan 10 yang Zahid dan Rahim kata bukti Mat Sabu penganut ajaran Syiah.

Bila kes ni naik di mahkamah ada dua saksi penting yang akan tentu punya dipanggil yang nama depa disebut dalam 10 bukti Mat Sabu Syiah tu. Agak-agak Dr. Aziz Hanafi dan TG Hj Rahim akan duduk belah Mat Sabu atau belah Zahid Komidi dalam isu Mat Sabu dituduh Syiah ni?

Menarik jugak kalau dalam masa terdekat ni ada wartawan pi tanya 2 orang tokoh tu minta komen pasai nama depa dikaitkan secara langsung dalam 10 bukti Mat Sabu Syiah tu.

Dr. Aziz Hanafi sebelum ni pernah jadi calon PAS untuk kerusi parlimen Arau pada Pilihanraya Umum tahun 1999 tapi tewas kepada Mastika Junaidah Husin dengan majoriti 1,586 undi. Aku tak pasti pasai apa tiba-tiba nama Dr. Aziz Hanafi hilang dari senarai kepimpinan PAS.

Utusan pada 30 Julai 2013 ada melaporkan:
Seorang tokoh ulama di sini berharap pemimpin Pas dapat mengambil tindakan segera membersihkan parti tersebut dan ahli-ahlinya daripada ajaran Syiah.

Tokoh tersebut, Prof. Madya Dr. Abd. Aziz Hanafi yang juga Pengerusi Jawatankuasa Gabungan Institusi Pondok, Maahad Tahfiz dan Ilmuwan Sunni (Giptis) berkata, walaupun penularan ajaran itu sukar dikesan kerana pengikutnya gemar berselindung dan bermuka-muka, namun pihaknya percaya keadaan itu wujud.

Menurut beliau, pihaknya amat berharap agar pengikut ajaran itu bertaubat dan kembali kepada akidah sebenar iaitu berdasarkan pegangan Ahli Sunah Wal Jamaah sebelum terlambat.

"Saya mengadakan pertemuan dengan kepimpinan Pas sebelum ini dan mereka menjelaskan bahawa Pas berpegang teguh kepada Ahli Sunah Wal Jamaah, jika mereka tahu siapa amal Syiah, dia akan ditolak. - Utusan.
TG Hj Rahim pula adalah bekas Yang Dipertua PAS Kawasan Pendang kawasan Parlimen yang Mat Sabu bertanding dan kalah pada PRU13 yang lepas, Hj Rahim sebagai YDP letak jawatan bersama 13 lagi AJK PAS Kawasan dan 10 AJK Pemuda PAS Kawasan masa krisis PAS Pendang dengan PAS Kedah pada tahuun 2010.

Utusan pada 3 Oktober 2010 ada melaporkan:
Seramai 14 ahli jawatankuasa (AJK) Pas Kawasan Pendang termasuk Yang Dipertuanya, Abd. Rahim Abd. Rahman meletak jawatan selepas dikatakan tidak berpuas hati dengan kepimpinan kerajaan negeri yang gagal menyelesaikan masalah dibangkitkan mereka.

Selain Yang Dipertua Pas Pendang, turut meletak jawatan ialah Naib Yang Dipertua, Setiausaha, Ketua Penerangan dan 10 orang AJK.

AJK terbabit bertindak demikian selepas berjumpa dengan Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak untuk membangkitkan beberapa masalah dan mengemukakan cadangan.

Bagaimanapun, AJK berkenaan mengumumkan peletakan jawatan dalam satu mesyuarat yang diadakan di Pejabat Pas Pendang selepas mendapati kepimpinan negeri masih gagal memenuhi permintaan mereka. - Utusan.
Apa pun, sama macam Ketua Setiausaha KDN, kalau la Dr. Aziz Hanafi dan TG Hj Rahim ditakdirkan p[ilih untuk duduk belah Zahid Komidi pun, depa berdua cuma boleh bagi pengakuan lisan, macam kata Ketua Setiausaha KDN tu depa cuma takat boleh kata depa tengok dan dengar saja.

Kalau masuk mahkamah jenuh jugak la kut depa nak menjawab kalau peguam Hanifa Maidin tanya detail.

Nota kaki makan cekam:  Tanpa memang prejudis

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...