Lawak terbaru Dr. Hasan Ali sempena muktamar PAS ke-59 | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Ahad, November 17, 2013

Lawak terbaru Dr. Hasan Ali sempena muktamar PAS ke-59

Aku kesian pasai Dr. Hasan yang anggap ilmu dia tinggi sampai ke siling tu terpaksa jadi badut, buat lawak membodohkan diri sendiri. Dr. Hasan Ali memang buat lawak bodoh sungguh bila dia kata yang dia "bersedia untuk kembali semula menyertai pimpinan parti PAS".

Satu portal pro-Umno melaporkan:  
Bekas Exco Selangor, Datuk Dr. Hasan Mohamed Ali bersedia untuk kembali semula menyertai pimpinan parti PAS sekiranya hal ehwal berkaitan Islam, Melayu dan Institusi Raja mendapat keuntungan.

Menurut Hasan, selama ini juga ada dikalangan pimpinan parti itu yang memintanya supaya merayu keputusan berhubung pemecatannya namun beliau masih dengan pendiriannya bahkan katanya ia perlu mendapat pertimbangan daripada pimpinan Jalur Tiga (JATI) yang diterajuinya.

"Saya bersedia mempertimbangkannya namun apa yang penting ialah apabila saya masuk PAS apakah ia menguntungkan Islam, Melayu dan Institusi Raja," katanya kepada pemberita dalam sidang media di kediamannya di sini hari ini. - RakyatNews.   
Mula-mula sekali aku nak bagitau bagi yang tak perasan portal RakyatNews ni dulunya bernama KLPos milik Syarikat KL Pos Media & Production Sdn Bhd yang Papagomo atau nama sebenar dia Wan Muhamammad Azri  adalah Ketua Eksekutif.

Berbalik kepada isu yang aku nak ulas, aku sebenarnya sungguh-sungguh kesian kat Dr. Hasan Ali, bekas wakil rakyat tempat aku, yang aku buat kerja sungguh untuk menangkan dia masa PRU tahun 1999 dulu.

Aku kesian pasai Dr. Hasan yang anggap ilmu dia tinggi sampai ke siling tu terpaksa jadi badut, buat lawak membodohkan diri sendiri, kali ni pulak sempena pemmilihan Muktamar PAS kali ke 59.

Kalau tengok ke kenyataan dia tu nampak macam dia rasa dia hebat sangat sampai PAS perlu berubah kalau nak dia masuk balik PAS dan jadi pemimpin PAS. Memang lawak bodoh sungguh bila dia kata yang dia "bersedia untuk kembali semula menyertai pimpinan parti PAS".

Memang muka taktau malu. Ada ka sapa-sapa yang pelawa dia? Kut kalau ada pun mungkin cuma tahap facebook CELAKA yang guna nama 'Ulama Pemimpin Kami' atau 'Fikrah Islamiah Pilihan Kami' yang baru ni gelar Mat Sabu sebagai 'bapa anjing'

Takkan dia tak perasan kut majoriti ahli dan penyokong PAS cukup seronok bila dia dipecat dari PAS. Malah kawan-kawan kat Parit Buntar ni yang dulu cukup hormat kat Dr. Hasan Ali yang pernah jadi Ahli Parlimen kat sini pun meluat dengan tindakan dia yang menyusahkan parti.

Taktau la pulak kalau ada pimpinan PAS tertentu yang senyap-senyap pi meminang dia dalam gelap. Kalau ada memang pemimpin tu lebih celaka dari facebooker celaka tu pasai Dr. Hasan Ali dipecat dari PAS dan tak menunjukkan pun yang dia insaf untuk dia diterima balik malah dia jadi semakin teruk dari masa dia dipecat dulu.

Sebagai bahan hiburan untuk kawan-kawan yang 'rindu' dengan lenggok bahasa Dr. Hasan Ali, kat bawah ni salintampal video lawak terbaru dia tu.


Nota kaki makan cekam:  Tanpa memang prejudis

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...