Tentu punya 'proses pengantaraan' tu melibatkan pembayaran duit yang bukan sikit, kalau pun mungkin tak mencecah jutaan ringgit tapi kalau takat ratusan ribu ringgit tentu ada. Agak-agak berapa yang Zahid Hamidi bayar kat Amir Bazli untuk tutup kes tu?
TheMalaysianInsider melaporkan:
Terma penyelesaian luar mahkamah kes belasah antara Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi (gambar) dan ahli perniagaan, Amir Bazli Abdullah akan didedahkan kepada umum pada 5 Disember ini.
Ia berikutan arahan Mahkamah Tinggi pada Khamis baru-baru ini kepada Amir Bazli supaya hadir ke Mahkamah Tinggi Shah Alam untuk menjelaskan perkara sebenar yang berlaku sepanjang proses pengantaraan empat bulan lalu. - TMI.
Tentu punya 'proses pengantaraan' tu melibatkan pembayaran duit yang bukan sikit, kalau pun mungkin tak mencecah jutaan ringgit tapi kalau takat ratusan ribu ringgit tentu ada. Agak-agak berapa yangZahid Hamidi bayar Amir Bazli untuk tutup kes tu?
TheMalaysianInsider juga melaporkan:
Amir Bazli, 41, memfailkan tuntutan saman pada 4 Julai, 2007 dengan mendakwa Ahmad Zahid menumbuknya di muka pada 16 Januari 2006 di Kelab Reakreasi Country Heights di Kajang, menyebabkan kecederaan tulang hidungnya dan mata.Kes ni memang boleh mencemarkan nama Zahid Hamidi, kalau kes ni dibicarakan sebelum PRU13 dulu ada kemungkinan besar Zahid berputih mata, bukan takat peluang dia untuk menang jadi tipis malah mungkin jadi calon pun Najib tak bagi yang tentu pulak menipiskan harapan dia untuk kekalkan jawatan dia sebagai Naib Presiden Umno yang dia menang baru ni dengan bergaya.
Beliau mendakwa, Ahmad Zahid turut mengugut membunuhnya dan menahannya tanpa kebenaran di kediaman menteri itu di Country Heights dan meminta ganti rugi kerosakan khas, umum dan teruk.
Bagaimanapun, Ahmad Zahid menafikan pertuduhan itu dan mendakwa Amir Bazli mereka-reka cerita berkenaan, sebelum memfail saman balas terhadap Amir Bazli.
Amir Bazli juga membuat laporan polis terhadap Ahmad Zahid tetapi tiada apa-apa tindakan diambil menyebabkan ahli perniagaan itu memfailkan saman. - Ibid.
Memang patut sangat Karpal Singh minta mahkamah tinggi bukak semula kes tu, bila masuk mahkamah kita boleh tau banyak mana yang Zahid dah bayar kapada Amir Bazli.
Ataupun kalau tengok kepada tahap samsengnya Zahid Hamidi ada kemungkinan jugak Amir Bazli diugut oleh Zahid Hamidi. Harap-harap tak la pasai kalau ada tentu Amir Bazli akan dedahkan 5 Disember nanti.
Cuma persoalanhya adakah Amir Bazli akan muncul di Mahkamah Tinggi Shah Alam pada tarikh tu.
TheMalaysianInsider juga melaporkan:
Pada 18 Julai, Ahmad Zahid dan Amir Bazli bertemu dengan pengantara, Rohani Ismail, yang juga seorang hakim Mahkamah Sesyen di Shah Alam.
Sejurus selepas pertemuan tersebut, kedua-dua pihak bersetuju menyelesaikan kes itu di luar mahkamah tetapi wakil peguam kedua-dua pihak tidak dimaklumkan mengenai terma penyelesaian.
Rohani dikatakan memberitahu kedua-dua pihak supaya merahsiakan terma penyelesaian tersebut.
Bagaimanapun, Karpal tidak berpuas hati dengan keputusan tersebut memandangkan perbicaraan kes saman Amir Bazli sudah ditetapkan pada bulan Ogos lalu.
Amir Bazli hilang selepas 18 Julai dan tidak menghubungi Karpal sejak itu.
Karpal tidak berpuas hati kerana perkara tersebut disembunyikan daripadanya. - Ibid.
Nota kaki makan cekam: Tanpa memang prejudis