Siapa sebenarnya facebooker 'Ulama Pemimpin Kami' yang gelar Mat Sabu sebagai 'bapa anjing' tu? | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Isnin, November 11, 2013

Siapa sebenarnya facebooker 'Ulama Pemimpin Kami' yang gelar Mat Sabu sebagai 'bapa anjing' tu?

Aku langsung tak percaya mamat buat akaun facebook yang buat akaun 'UlamaPemimpin Kami' atau 'Fikrah Islamiah Pilihan Kami' ni sorang ahli PAS, lagi aku tak percaya kalau dia penyokong ulama' PAS, langsung tak sesuai, macam syurga dengan neraka.

Sumber: LensaHp
Semalam kecoh di alam maya bila ada satu akaun facebook dengan 'UlamaPemimpin Kami' yang update status menggelar Timbalan Presiden PAS sebagai "bapa anjing'.

Sebelum tu dia ada update status bubuh gambar calon-calon Ketua Pemuda PAS dan pada nama Zul Hazmi diletakkan gambar anjing.

Bila aku check balik facebook tu entry yang kata Mat Sabu anjing tu dah takdak, dia dah padam kut. Tapi aku sikit heran, status yang ada gambaq anjing pada nama Zul Hazmi tu dia tak padam pulak.
Dan lebih menarik lagi, akaun facebook tu dah ubah nama jadi 'Fikrah Islamiah Pilihan Kami'. Mungkin dia ingat jadi macam pokka bersalin warna kulit orang tak kenal padahal alamat akaun facebook tetap sama https://www.facebook.com/ismadiazrinaismail.

Aku sebenarnya langsung tak percaya mamat yang buat akaun facebook fake yang baru diujudkan pada 10 September 2013 ni sorang ahli PAS, lagi aku tak percaya kalau dia penyokong ulama' PAS, langsung tak sesuai, macam syurga dengan neraka.

Pasai tu aku cukup yakin yang buat facebook ni ahli Umno, CyberTroopers Umno yang makan duit haran dengan Umno untuk burukkan nama ulama' PAS. Lagi pun kerja-kerja bangang macam ni memang biasa sangat kita tengok Umno buat, malah lebih bangang dari ni pun depa biasa dan takdak masalah langsung untuk buat.

Cuma yang aku mushkilnya, pasai apa sampai hari ni Dewan Ulama dan Dewan Pemuda PAS Pusat macam buat-buat tak nampak dengan akaun facebook yang CELAKA macam ni. Takkan Dewan Ulama dan Dewan Pemuda PAS Pusat merestui status CELAKA macam tu kut...

Sepatutnya awal-awal lagi Dewan Ulama dan Dewan Pemuda PAS Pusat  perlu kutuk akaun CELAKA ni pasai akaun ni memang nampak jelas tujuan utama dia nak mencalarkan imej Dewan Ulama dan Dewan Pemuda PAS Pusat.

Apa pun aku harap pakar-pakar IT yang ada dalam PAS boleh bongkarkan sapa si CELAKA yang berselindung disebalik nama 'ismadiazrinaismail' tu. Mungkin PAS melalui jawatankuasa pemilihan yang diketuai peguan Asmuni Awi patut fikirkan kesesuaian untuk minta kerjasama polis dan jugak SKMM untuk dakwa mamat CELAKA tu dan yang sewaktu dengannya.

Dan jugak aku harap sangat Cikgu Mustafa Ali mengutuk sekeras-kerasnya pemilih akaun CELAKA tu pasainya status CELAKA dia ni sangat-sangat jauh lebih teruk dari status yang dia senaraikan dalam Liqa Fikri PAS Pusat sebelum ni.

Nota kaki makan cekam:  Tanpa memang prejudis

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...