Bersediakah Lim Kit Siang untuk bertanding di Sarawak pulak untuk pastikan gelombang Tsunami yang melanda Johor masa PRU13 akan turut melanda Sarawak pulak pada PRU14 nanti. PAS dan PKR pun mungkin patut jugak kenal pasti tokot yang boleh di'export' ke Sabah dan Sarawak.
TheMalaysianInsider melaporkan:
Penasihat DAP, Lim Kit Siang (gambar) menggesa Pakatan Rakyat (PR) menamatkan penguasaan Barisan Nasional (BN) di negeri Sabah dan Sarawak jika mahu menawan Putrajaya dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) nanti.
Dominasi kedua-dua negeri tersebut yang dianggap sebagai "deposit tetap" parti pemerintah perlu dipecahkan seperti yang dilakukan oleh gabungan pembangkang itu di Johor pada PRU13 lalu. - TMI.
Bab nak pecahkan penguasaan BN di Sabah dan Sarawak ni bukan benda baru, malah masa PRU13 pun ramai dah cakap pasai benda ni malah usaha pun memang ada dibuat tapi ternyata hasilnya Pakatan Rakyat masih gagal, mungkin pasai usaha tak berapa nak cukup dan mungkin jugak pasai strategi tak berapa nak kena.
TheMalaysianInsider juga melaporkan:
"PR tidak boleh hanya sasarkan kemenangan 23 daripada 51 kerusi marginal BN, tetapi mensasarkan untuk meningkatkan dua kali sasaran dengan memenangi 46 daripada 51 kerusi marginal BN supaya dapat memenangi 135 kerusi 222 keseluruhan kerusi Parlimen dengan majoriti 48 kerusi," katanya.Kalau tengok ke keputusan PRU13, target Lim Kit Siang tu memang nampak macam sayup nak boleh capai, tapi sayup ka dak usaha yang berkesan perlu dimulakan dari sekarang.
Berdasarkan unjuran itu, katanya, DAP sekurang-kurangnya perlu menambah kemenangan tujuh lagi kerusi, PKR perlu tambah lagi 15 dan PAS pula 24 kerusi lagi. - Ibid.
Pada aku kerja pertama yang Pakatan Rakyat perlu selesaikan awal adalah soal pemilihan calon. Lagi awal 'senarai pendek' calon dimuktamatkan lagi baik.
Bila dah ada senarai calon pendek, jentera mudah nak bergerak untuk perkenalkan calon tu dari sekarang, bukan lagi macam sebelum ni. bila dah bubar parlimen baru calon terhegeh-hegeh nak salam dengan semua pengundi. Malah lebih teruk dari tu sampai ke hari mengundi pun ada kerusi yang isu perbalahan pasai calon masih tak selesai.
Berbalik kepada isu Sabah dan Sarawak sebagai "deposit tetap" untuk BN, mungkin PR boleh gunakan strategi yang sama yang PR gunakan di Johor masa PRU13 lepas.
Contohnya, bersediakah Lim Kit Siang untuk bertanding di Sarawak pulak untuk pastikan gelombang tsunami yang melanda Johor masa PRU13 akan turut melanda Sarawak pulak pada PRU14 nanti. PAS dan PKR pun mungkin patut jugak kenal pasti tokoh yang boleh di'export' ke Sabah dan Sarawak.
Dengan 14 kerusi yang DAP bertanding di Sarawak mungkin DAP boleh menang 10 kerusi, PKR pulak mungkin boleh tambah lagi beberapa kerusi dan PAS pun tak mustahil boleh ada ahli parlimen yang pertama dari Sarawak.
Aku yakin ramai yang tak berapa nak setuju dengan cadangan aku, dan mungkin jugak strategi macam tu tak sesuai dengan cara politik Sabah dan Sarawak tapi aku yakin kalau PR sungguh-sungguh acah macam tu untuk Sabah dan Sarawak, politik 'UBAH' akan lebih rancak di sana.
Nota kaki makan cekam: Tanpa memang prejudis