Persaingan jawatan Naib Presiden: Salahuddin paling bernasib baik? | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Jumaat, November 15, 2013

Persaingan jawatan Naib Presiden: Salahuddin paling bernasib baik?

Kalau ikut laporan Malaysiakini untuk jawatan Naib Presiden nampaknya Salahuddin Ayub cukup bernasib baik pasai nama dia katanya ada dalam chai kedua-dua fraksi.

Malaysiakini melaporkan:
Seminggu lagi menjelang pemilihan PAS, nasib dua penyandang naib presiden parti Islam itu Datuk Husam Musa dan Datuk Mahfuz Omar dilihat getir untuk mempertahankan jawatan mereka pada 22 November ini.

Manakala ulama terkenal Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dan Naib Presiden Salahuddin Ayub pula dilihat berpeluang cerah memenangi jawatan itu berdasarkan populariti, kecenderungan perwakilan dan jumlah pencalonan yang diterima. - Mkini
Kalau ikut laporan Malaysiakini untuk jawatan Naib Presiden nampaknya Salahuddin Ayub cukup bernasib baik pasai nama dia katanya ada dalam chai kedua-dua fraksi.

Malaysiakini juga melaporkan:
Dalam debaran itu, dikatakan penyokong proulama dan profesional telah mengatur gandingan 'chai' masing-masing bagi merebut jawatan itu.

Kumpulan proulama dikatakan mahu menggandingkan Tuan Ibrahim, Abu Bakar dan Salahuddin.

Manakala kumpulan profesional pula masih menimbangkan antara dua pilihan - sama ada mengekalkan status quo atau gandingan baru dengan menggantikan Tuan Ibrahim dengan salah seorang antara Husam dan Mahfuz. - Ibid.
Sebelum ni macam aku ulas dalam posting bertajuk "Naib Presiden : Antara Salahuddin dan Mahfuz siapa yang terpaksa perwakilan korbankan?" aku dok rasa macam salah sorang antara Salahuddin dan Mahfuz yang akan tersingkir.

Tapi kalau ikut laporan Malaysiakini tu kedudukan Salahuddin untuk jawatan Naib Presiden agak selamat dan yang kemungkinan besar akan tersingkir bersama Ust Abu Bakar Chik antara Mahfuz atau Husam.

Kalau macam tu keadaannya aku rasa perwakilah akan lebih pilih Husam berbanding Mahfuz atas asas Husam macam dah tak diperlukan sangat di Kelantan bila dia digugurkan dari jawatan Exco berbanding Mahfuz yang memang terpaksa lebih menumpukan usaha keras untuk memantapkan balik PAS Kedah sebagai persedian untuk merampas balik Kedah pada PRU14 nanti.

Apa pun, memang sepatutnya perwakilan kekalkan Salahuddin di jawatan Naib Presiden selepas dia 'korbankan' title YB yang cukup selamat untuk dia di Kelantan, balik bertanding di Johor untuk menguatkan jentera PAS Johor menghadapi PRU13 yang lalu..

Dengan adanya jawatan sebagai Naib Presiden Salahuddin Ayub akan ada sikit kelebihan untuk terus 'mengepalai' Pakatan Rakyat Johor yang lebih 'majmuk' dalam menyusun gerakerja yang lebih mantap untuk menghadapi PRU14 nanti.

Nota kaki makan cekam:  Tanpa memang prejudis

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...