Kalau la yang lawan Mat Sabu tu Ust Tuan Ibrahim tuan Man... | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Jumaat, November 15, 2013

Kalau la yang lawan Mat Sabu tu Ust Tuan Ibrahim tuan Man...

Memang patut kalau ada yang kata dia menghampakan kehendak majoriti ahli PAS yang rasa Ust Tuan Ibrahim adalah calon yang paling layak jadi Timbalan Presiden PAS untuk sessi 2013/2015. Tapi nak buat macamana, dah tuan badan sendiri tak yakin dengan kemampuan diri untuk galas jawatan tu. 

Sinarharian melaporkan:
Selepas lima hari, bancian Sinar Harian Online mendapati trend pilihan pembaca Sinar masih berterusan memilih Datuk Mohd Amar Nik Abdullah sebagai pilihan untuk memegang jawatan Timbalan Presiden manakala Tuan Ibrahim Tuan Man, Datuk Husam Musa serta Salahuddin Ayub (penyandang) juga masih kekal popular untuk memegang jawatan Naib Presiden.

Bancian yang dimulakan pada Ahad lalu menunjukkan peningkatan jumlah undi kepada Mohd Amar. Hasil bancian pada Selasa lalu, Mohd Amar hanya mencatatkan 673 undi meningkat kepada 1,279 (57%) hari ini. Sementara Mohamad Sabu (penyandang) hanya mendapat 488 undi pada Selasa lalu, hanya menokok kepada 962 (43%) undi hari ini, daripada jumlah undian keseluruhan sebanyak 2,241. - Sinarharian.    
Kalau tengok keputusan tu nampak Ust Nik Amar jauh meninggalkan Mat Sabu dengan majoriti 14%. Kalau contohnya satu kawasan Parlimen ada 50ribu pengundi dengan 80% keluar mengundi, majoriti 14% tu sama dengan majoriti 5,600 undi.

Walaupun ramai yang kata undian online ni tak berapa pakai atas asas yang yang mengundi tu kebanyakkannya bukan perwakilan tapi dengan keputusan macam tu aku cukup yakin kem Mat Sabu memang susah hati dengan angka tu.

Tambah-tambah pulak bila undian untuk jawatan Timbalan Presiden keputusannya lebih kurang sama macam yang ramai rasa.

Sinarharian juga melaporkan:
Manakala untuk jawatan Naib Presiden Pas pula, Tuan Ibrahim, Husam (penyandang), Salahuddin (penyandang) masih kekal menjadi pilihan pembaca Sinar.

Tuan Ibrahim memperolehi 476 undi pada Selasa lalu meningkat kepada 942 undi (33%) pada hari ini ,sementara diekori rapat Husam yang memperolehi 421 undi Selasa lalu, meningkat kepada 831 undi (29%) hari ini, manakala Salahuddin memperolehi 287 undi Selasa lalu, meningkat kepada 514 undi (18%) hari ini.

Sementara Datuk Mahfuz Omar (penyandang) hanya mendapat 206 undi Selasa lalu, meningkat kepada 381 (13%) untuk hari ini, dan Abu Bakar Chik masih kekal di kedudukan terakhir iaitu hanya mendapat 99 undi pada Selasa lalu, dan naik sedikit iaitu sebanyak 174 undi (6%) hari ini,daripada jumlah undian keseluruhan sebanyak 2,842. - Ibid.
Apa pun, pada aku kalau ikut kehendak majoriti ahli PAS, jawatan Timbalan Presiden sebenarnya hak Ust Tuan Ibrahim Tuan Man. Kalau dia bertanding satu lawan satu dengan Mast Sabu pun dia boleh menang, malah kalau 3 penjuru termasuk Ust Nik Amar pun aku cukup yakin Ust Tuan Ibrahim yang akan menang.

Memang patut kalau ada yang kata dia menghampakan kehendak majoriti ahli PAS yang rasa Ust Tuan Ibrahim adalah calon yang paling layak jadi Timbalan Presiden PAS untuk sessi 2013/2015. Nak buat macamana, dah tuan badan sendiri tak yakin dengan kemampuan diri untuk galas jawatan tu.

Apa pun aku rasa Mat Sabu yang akan memang jawatan Timbalan Presiden PAS tu sekali lagi. Bukan pasai Mat Sabu bagus sangat tapi sebab lawan dia tu yang tak cukup bagus.

Lagi pun kalau takat untuk pemimpin Kelantan memang takdak masalah tapi Timbalan Presiden kena banyak masa di Pusat membantu Presiden menangani politik nasional dan Nik Amar sebagai TMB Kelantan takkan mampu bagi masa macam tu dan au rasa itu antara faktor utama yang akan perwakilan guna untuk buat keputusan sapa yang depa patut undi.

Nota kaki makan cekam:  Tanpa memang prejudis

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...