Aku yakin ramai perwakilan yang payah nak putuskan sapa yang patut depa korbankan antara Salahadin Ayub atau pun Mahfuz Omar untuk jadi regu Naib Presiden yang cukup mantab untuk Ust Tuan Ibrahim Man dan Hj Husam Musa.
Macam semua dah tau jawatan Naib Presiden PAS untuk sessi 2013/2014 akan jadi rebutan 5 orang calon dengan ketiga-tiga penyandang Husam Musa, Salahuddin Ayub dan Mahfuz Omar cuba mempertahankan jawatan bersama 2 lagi calon Ust Tuan Ibrahim Tuan Man dan Ust Abu Bakar Chik.
Kalau tengok ke calon-calon yang bertanding untuk jawatan Naib Presiden tu, setiap calon ada kelebihan dan kekurangan tersendiri dan masing-masing ada penyokong tegar tersendiri.
Dari 5 orang calon tu aku cukup yakin Ust Tuan Ibrahim Tuan Man akan dapat undi tertinggi, Tak ramai kut yang tak undi dia. Pada aku dengan pengaruh dan sokongan yang dia ada patutnya Ust Tuan Ibrahim bertanding jawatan Timbalan Presiden. Kalau dia lawan satu sama satu dengan Hj Mat Sabu aku cukup yakin dia boleh menang.
Yang akan dapat undi kedua tertinggi aku rasa Hj Husam. Walaupun dia mungkin dapat kurang undi dari perwakilan Kelantan tapi perwakilan negeri-negeri lain aku rasa dia takdak masalah untuk dapat banyak undi.
Taktau la pulak kalau kempen anti-anwarinas yang Utusan dan para penchachainya sungguh-sungguh mainkan tu power sangat sampai Husam boleh kalah.
Yang akan dapat undi paling sikit aku rasa Ust Abu Bakar Chik. Bagi yang dah lama dengan PAS tentu setuju yang Ust Bakar ni pemimpin hebat tapi aku rasa era dia dah habih, perwakilan PAS yang muda-muda trerutama sekali yang baru nak aktif selepas reformasi tahun 1998 tak ramai yang kenai Ust Abu Bakar Chik ni.
Tambah-tambah pulak dah ada Ust Tuan Ibrahim sebagai 'wakil' ulamak, lama dah kut perwakilan tak bagi lebih dari 1 tempat untuk 'wakil' ulamak untuk jawatan Naib Presiden.
Satu lagi kerusi untuk jawatan Naib Presiden ni akan jadi rebutan antara Salahuddin dan jugak Mahfuz. Dua-dua depa ni penyandang, dua-dua bekas pemimpin Dewan Pemuda yang hebat menggerakkan pemuda pada zaman depa yang sekarang ni ramai yang jadi perwakilan yang cukup kenai sapa depa ni.
Mahfuz sebagai Pesuruhjaya Kedah yang baru memang memerlukan jawatan sebagai Naib sebagai kekuatan tambahan untuk dia mentadbir PAS Kedah yang sebelum ni cukup bercelaru sampai tumbang dalam PRU13 yang lepas.
PAS Johor pun perlukan jawatan Naib Presiden untuk Salahuddin yang sanggup tinggalkan tempat yang selamat di Kelantan bertanding di Johor untuk kukuhkan pengaruh PAS di Johor.
Dari segi karekter dia pemimpin ni berbeza macam langit dengan bumi. Mahfuz seorang pemimpin yang kelihatan lincah dan cepat ambik peluang tapi kadang-kadang terlalu gopoh dan nampak 'tak masak'.
Salahuddin pulak pemimpin yang kelihatan cukup teliti dan berhati-hati dan biasanya tindakan dia lebih mantap berbanding Mahfuz cuma kadang-kadang sedikit lewat yang selalunya kurang menguntungkan dari segi persepsi.
Aku yakin ramai perwakilan yang payah nak putuskan sapa yang patut depa korbankan antara Salahadin Ayub atau pun Mahfuz Omar.
Apa pun keputusannya nanti, sapa pun yang perwakilan pilih akan jadi regu yang cukup mantab untuk Ust Tuan Ibrahim Man dan Hj Husam Musa.
Kalau sebelum ni Hj Husam terpaksa tumpu lebih untuk Kelantan tapi bila dah 'dibebaskan' dari tanggungjawab Exco kanan Hj Husam boleh tumpukan lebih masa untuk PAS Pusat dengan pemikiran kritis dan keberanian politik dia.
Macam Tu jugak dengan Ust Tuan Ibrahim yang sebelum ni dilantik sebagai Ketua Penerangan tapi dengan jawatan Naib Presiden yang dipilih oleh perwakilan dengan undi terbanyak, tentu aura dia akan lebih menyerlah.
Gandingan kali ni pada aku gandingan yang terbaik PAS untuk hadapi pilihanraya.
Nota kaki makan cekam: Tanpa memang prejudis