Sketsa lawak calon Ketua Pemuda Umno (video) | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Sabtu, September 21, 2013

Sketsa lawak calon Ketua Pemuda Umno (video)

Tapi sekurang-kurangnya nama dia akan tercatat dalam sejarah Umno sebagai bekas calon Ketua Pemuda Umno Malaysia, boleh buat modai cerita kat anak cucu walaupun sebenarnya orang mungkin akan ingat dia sebagai badut saja.

syed rosli sumpah laknat KP Umno
mStar melaporkan:
Bakal calon Ketua Pemuda Umno, Syed Rosli Syed Harman Jamalullail, 37, mencetuskan ketegangan di ruang khas penyerahan borang pencalonan apabila mengadakan sumpah laknat secara terbuka di hadapan wakil media.

Pencabar Khairy Jamaluddin itu tampil dengan lantang bersumpah laknat untuk tidak mengamalkan rasuah dan politik wang jika dipilih menjadi Ketua Pemuda Umno pada pemilihan parti itu Oktober ini. - mStar.  
Dari satu sudut memang lawak aksi calon Ketua Pemuda Umno ni, kalau aku ada kat situ kompom punya aku akan tergelak atau paling kurang pun tersenyum sinis.

Puak-puak Umno ni memang sangat berkebolehan untuk buat lawak memperbodohkan diri sendiri semata-mata untuk tarik perhatian orang. Nak buat macamana, sebagai orang tak terkena terpaksa la dia buat sesuatu walaupun terpaksa meperbodohkan diri sendiri.

Aku tengok sketsa ni dari 2 sudut, yang pertama mamat ni memang bangang pasai menzahirkan kejahilan dia, sumpah laknat menatang apa pun dia tak faham.

Satu sudut lagi mamat ni awai-awai lagi nak bagitau yang dia takkan kempen cara biasa, rasuah perwakilan untuk undi dia.

Aku rasa dia pun sedar yang dia takkan boleh lawan Khairy dalam bab beli perwakilan ataupun dia ni memang jenis miskin papa kedana

Tapi sekurang-kurangnya nama dia akan tercatat dalam sejarah Umno sebagai bekas calon Ketua Pemuda Umno Malaysia, boleh buat modai cerita kat anak cucu  walaupun sebenarnya orang mungkin akan ingat dia sebagai badut saja.

Apa pun, aku respek dengan Khairy Jamaluddin, penyandang jawatan Ketua Pemuda.

mStar melaporkan:
Pertandingan bagi jawatan Ketua Pergerakan Pemuda Umno pada pemilihan parti bulan depan tidak akan menimbulkan perpecahan dalam kalangan anggota pergerakan itu hasil perpaduan kukuh yang terbina sejak dahulu lagi, kata Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin.

Khairy mengalu-alukan sesiapa sahaja yang bertanding untuk jawatan itu atas dasar keterbukaan parti dan tidak khuatir tentang peluangnya kerana percaya perwakilan Pemuda Umno seluruh negara bijak memilih pemimpin terbaik menerajui sayap Umno itu. - mStar.
Sebelum ni dilaporkan ada 3 lagi calon yang teringin nak lawan Khairy, Akhramsyah Muammar Ubaidah anak Sanusi Junid bekas MB Kedah, Razman Hakimi Abdullah seorang blogger penchachai Umno BN dan jugak Karin Ali Ketua Pemuda Umno Bahagian Merbok.

Belum pasti lagi berapa orang calon yang betul-betul akan bertanding pasai waktu pencalonan yang dibuka pagi tadi akan tutup petang ni jam 5 dan senarai rasmi katanya akan dikeluarkan hari Selasa depan.


Nota kaki makan cekam:  Tanpa memang prejudis

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...