Kita tak patut terkejut langsung kalau skrip Akramshah nak lawan Khairy untuk jawatan Ketua Pemuda ni sama macam skrip Azalina nak lawan Shahrizat jawatan Ketua Wanita Umno yang akhirnya tak jadi selepas dijanjikan penting dalam wanita Umno dan dalam GLC.
mStar melaporkan:
Akhramsyah Muammar Ubaidah Sanusi, anak kepada bekas Menteri Besar Kedah, Tan Sri Sanusi Junid, berkata beliau sedia bertanding menentang penyandang kerusi Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin Abu Bakar pada pemilihan parti tahun ini.
"Saya mahu melihat sayap Pemuda kembali ke era kegemilangannya di mana ada keikhlasan dalam perjuangan dan perpaduan dalam melaksanakan agenda Melayu," katanya. - mStar.
Sebelum ni Khairy memang dah sedap duduk pasai takdak sapa yang berani nak lawan dia untuk jawatan Ketua Pemuda Umno yang dia pegang sekarang.
Ada sorang pemimpin Pemuda Umno sebelum tah sapa nama aku malas nak google kata cuma akan
bertanding jawatan tu kalau Khairy tak mau mempertahankan jawatan.
Walaupun aku yakin Khairy akan menang kalau takat lawan dengan Akhramsyah yang 'cuma seorang blogger' tapi aku yakin dia cuak jugak pasai dia tau dia ramai musuhdalam Umno.
Tambah pulak dia selalu keluar kenyataan secara terbuka yang bercanggah dengan kenyataan pemimpin Umno lain termasuk kenyataan Najib, satu peluru yang tentu punya akan Akramshah guna dalam kempen.
Kalau silap gaya tak mustahil dia boleh kalah dengan Akhramsyah ni dan kalau dia kalah memang malang besaq la untuk dia yang baru ja boleh kecap nikmat seronok dilantik jadi menteri.
Apa pun aku sebenarnya tak berapa yakin Akhramsyah ni akan lawan Khairy, tambah-tambah bila mStar juga melaporkan:
"Saya akan membuat pengumuman rasmi selepas mengadakan beberapa lagi rundingan," katanya. - Ibid.Tak mustahil yang dia maksudkan rundingan tu termasuk 'rundingan' dengan orang Khairy.
Dan kita tak patut terkejut langsung kalau skrip Akramshah nak lawan Khairy untuk jawatan Ketua Pemuda ni sama macam skrip Azalina nak lawan Shahrizat jawatan Ketua Wanita yang akhirnya tak jadi selepas dijanjikan penting dalam wanita Umno dan dalam GLC.
Nota kaki makan cekam: Tanpa memang prejudis