Pengkebumian bekas MB Kedah Allahyarham Ustaz Azizan: Insiden kecil yang tak patut terjadi | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Jumaat, September 27, 2013

Pengkebumian bekas MB Kedah Allahyarham Ustaz Azizan: Insiden kecil yang tak patut terjadi

Apa kejadahnya sampai bagi Dr. Mahathir siram air mawar di pusara Allahyarham Ust Azizan tu. Belambak dok ada yang lain macam anak bini Allahyarham yang patut diutamakan selain dari rakan-rakan rapat Allahyarham termasuk pimpinan PAS.

Harkahdaily melaporkan:
Ribuan rakyat hadir menunaikan solat jenazah mantan Menteri Besar Kedah, Tan Sri Ustaz Azizan Abdul Razak di Markaz PAS Pokok Sena, Jalan Langgar, dekat sini jam 4.15 petang tadi.

Solat jenazah dimamkan anak lelaki Allahyarham, Izzatul Islam Azizan manakala doa dibacakan ulama tempatan, Tuan Guru Haji Salleh Musa.

Jenazah kemudiannya dibawa ke Muassasah Darul Ulum, 17 km dari sini yang menempatkan kubur mantan Presiden PAS, Ustaz Datuk Fadzil Mohd Nor untuk dikebumikan dengan diiiringi ribuan kenderaan. - Hrkh
Alhamdulillah, aku berkesempatan antara ribuan yang hadir bagi penghormatan terakhir kepada Allahyarham Ust Azizan, dan mendoakan semoga dia ditempatkan bersama orang yang soleh.

Masa nak mula sembahyang jenazah di Muasasah tu aku teringat kawan-kawan terutama sekali dalam PAS yang belasah Ust Azizan sebelum ni. Bukan kata kawan-kawan, aku sendiri pun pernah belasah Ust Azizan dalam blog aku ni.

Aku harap depa yang belasah Allahyarham Ust Azizan tu termasuk aku jugak, cuma belasah tindakan politik dia yang kita rasa tak berapa nak kena berdasarkan maklumat yang sampai kat kita tapi tak sampai tahap benci dia. Pasainya pada aku walaupun tak sehebat Allahyarham Ust Fadzil Noor, Allahyarham Ust Azizan jugak seorang pejuang yang hebat.

“Mudah-mudahan beliau telah membenarkan janjinya kepada Allah SWT. Semoga segala jihadnya diterima oleh Allah SWT,”

Apa pun, aku nak panjangkan rungutan ahli PAS peringkat bawah yang tak puas hati dengan 'insiden' semalam. Ada sorang sahabat aku update facebook dia:

Sumber: facebook
Aku cukup setuju dengan member aku ni, aku pun panas hati dengar ahli dan penyokong PAS ditolak ketepi semata-mata nak bagi orang macam Dr. Mahathir, Mukhriz, Azeez dan yang sewaktu dengan depa yang aku cukup meragui keikhlasan depa, pi duduk keliling kubur masa tu, memang kompom kut jenis gila publisiti.

Apa kejadahnya sampai bagi Dr. Mahathir siram air mawar di pusara Allahyarham Ust Azizan tu. Belambak dok ada yang lain macam anak bini Allahyarham yang patut diutamakan selain dari rakan-rakan rapat Allahyarham termasuk pimpinan PAS.

Kalau ada yang nak bagi alasan 'protokol' aku cuma nak ulang kata member tu "protokol taik minyak hampa !!!!!" Kalau nak protokol pi la ziarah masa dengan Sultan Kedah, masa tu memang masa protokol.

Aku harap insiden macam tu tak berulang lagi lain kali. Aku harap sangat lain kali pihak yang berkenaan dalam PAS ambik berat pasai 'protokol' dengan puak-puak gila publisiti ni.

Aku nak cadangkan lain kali, masa pengkebumian ni dikhaskan untuk ahlli dan penyokong PAS saja, untuk pemimpin jenis gila publisiti macam depa ni, sediakan masa khas untuk depa sebelum solat jenazah dan pengkebumian.

Kalau depa mai jugak waktu pengkebumian aku harap sangat tak payah la iring depa sampai ke tepi kubur sampai terpaksa tolak ketepi ahli keluarga allahyarham. sebaiknya bubuh depa dalam satu bilik khas, pasang projektor kat dalam bilik tu, cukup.

Nota kaki makan cekam:  Tanpa memang prejudis

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...