Bharian kata Mukhriz buat kejutan? Kejutan apa bendanya macam tu... | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Jumaat, September 20, 2013

Bharian kata Mukhriz buat kejutan? Kejutan apa bendanya macam tu...

Al-kesah dengan pengumuman sa-ekor makhluk bernama Mukhriz mahu bertanding Naib Presiden Penyamun, para penyandang Naib Penyamun mula rasa tak selesa. Kalau nak banding jasa, Naib-naib penyamun lebih berjasa berbanding makhluk baru ini. Tetapi makhluk baru ini adalah anak bekas ketua penyamun.

Bharian melaporkan:
Menteri Besar Kedah, Datuk Mukhriz Mahathir membuat kejutan semalam apabila secara rasmi menawarkan diri bertanding jawatan Naib Presiden UMNO untuk bersaing dengan pemimpin kanan parti yang lebih berpengalaman daripadanya.

Keputusan itu menamatkan spekulasi sama ada beliau yang baru dilantik sebagai Menteri Besar selepas pilihan raya umum Mei lalu akan bertanding selepas diuar-uarkan akan berbuat demikian sebelum ini. - Bharian.  
Takdak apa kejutannya barita Mukhriz nak bertanding jawatan Naib Presiden tu.

Bagi yang tak faham politik Umno mungkin la kut rasa sikit terkejut. Mukhriz yang takdak apa-apa jawatan dalam Umno di pusat tiba-tiba nak bertanding jawatan ketuga tertinggi. Jadi ahli Majlis Tertinggi pun tak pernah.

Kalau ikut haraki kepimpinan memang sepatutnya masuk lawan jawatan MT dulu, lepas tu pelan-pelan kumpul kekuatan, bila dah cukup kuat baru la padan berangan-angan nak jadi Naib Presiden. Kecuali la kalau sebelum ni dia menang masa lawan Khairy untuk jawatan Ketua Pemuda, memang padan kalau seterusnya lawan Naib Presiden pulak.

Tapi bezanya Mukhriz tak zama dengan pemimpin muda Umno yang lain, dia anak Dr. Mahathir, bekas PM Malaysia paling lama dalam sejarah.

Lagiupun, kalau Mukhriz nak naik cepat dan mungkin peluang terbaik yang dia ada, memang dia patut bertanding jawatan Naib Presiden tumpang bapak dia masih ada dan dia mungkin dah tak sempat kalau dia tunggu lagi 3 tahun.

Tambahan pulak Mukhriz baru saja dilantik Menteri Besar Kedah merangkap Pengerusi Perhubungan negeri Kedah yang berjaya dirampas dari Pakatan Rakyat masa PRU13 baru ni.

Tambah-tambah lagi kalau tengok ke senarai calon Naib Presiden yang lagi 5 orang tu peluang dia nak menang memang ada.

Aku yakin Dr. Mahathir akan gunakan segala saki baki kekuatan yang dia ada untuk pastikan Mukhriz menang kali ni.

Apa pun, aku suka baca Alkisah yang facebooker Dr Tanaka Mustafa tulis pasai ni.
Al-kesah dengan pengumuman sa-ekor makhluk mahu bertanding, para penyandang Naib Penyamun mula rasa tak selesa. Kalau nak banding jasa, Naib-naib penyamun lebih berjasa berbanding makhluk baru ini. Tetapi makhluk baru ini adalah anak bekas ketua penyamun.
Baca seterusnya di Facebook Dr. Tanaka Mustafa.
Nota kaki makan cekam:  Tanpa memang prejudis

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...