Sempadan pilihanraya: Dah pencen SPR pun nak beraksi CELAKA? | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Ahad, September 08, 2013

Sempadan pilihanraya: Dah pencen SPR pun nak beraksi CELAKA?

Bila depa tengok sempadan pilihanraya selepas PRU12 nampak macam tak berapa nak untung bekah depa lagi tapi depa tak boleh buat sempadan baru pasai tak cukup kuasa 2/3 di parlimen, SPR ujudkan istilah baru "Pembetulan Persempadanan.".  Pembetulan KEPALA HOTAK depa.

Malaysiakini melaporkan:
Parti-parti politik tidak harus menyalahkan persempadan pilihan raya atas kekalahan mereka tetapi sebaliknya hendaklah mencari strategi yang betul untuk mengeksploitasi sistem sedia ada 'first-past-the-post'. kata bekas Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman.

Abdul Rashid berkata keupayaan BN merangka formula yang betul telah memberinya kemenangan yang berterusan , dan oleh itu, pesaing mereka juga perlu mencari strategi mereka sendiri untuk disesuaikan dengan sistem tersebut. - Mkini.   
KEPALA HOTAK HANG!!!

Yang sebenarnya, bukan BN sesuaikan strategi dengan sistem tu tapi depa sesuaikan sistem tu dengan strategi depa. Jenis main boleh boleh senang-senang ubah tiang gol kalau tak menang jugak memang bangang laa..

Yang celakanya bekas pengerusi SPR ni dah pencen pun masih lagi beraksi CELAKA.

Malaysiakini bjuga melaporkan:
Bekas Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman tidak sepatutnya meminta parti-parti politik mengeksploitasi kelemahan sistem pilihan raya, tetapi sebaliknya perlu memastikan sistem tersebut adil, kata BERSIH.

"Perkataan penting ( yang Abdul Rashid gunakan) ialah 'mengeksploitasi '. Sistem tersebut perlu adil kepada semua orang , ia tidak seharusnya menjadi persoalan mengeksploitasi kelemahan atau kekurangan," kata Ahli Jawatankuasa Pemandu BERSIH, Andrew Khoo kepada Malaysiakini ketika dihubungi. - Mkini.
Macam yang selalu aku tulis, kalau ikut Perlembagaan Malaysia, SPR patutnya kena MENDAPAT KEPERCAYAAN AWAM. Nak dapat kepercayaan awam apa kalau bekas pengerusi SPR pun galakkan parti politik menipu.

Kalau tengok ke peta sempadan pilihanraya memang boleh nampak jelas yang depa memang buat sempadan tu untung belah depa. Depa bukan peduli walaupun peta sempadan tu nampak mengerekot macam ubi kayu, janji pembahagian pengundi menguntungkan depa.

Tengok sempadan antara P8 dan P9 macam kat sebelah ni, macam dajai...

Bila depa tengok sempadan pilihanraya selepas PRU12 nampak macam tak berapa nak untung bekah depa lagi tapi depa tak boleh buat sempadan baru pasai tak cukup kuasa 2/3 di parlimen, SPR ujudkan istilah baru "Pembetulan Persempadanan.".  Pembetulan kepala hotak depa.

Merata pengundi dipindah bukan setakat pindah Dun atau Parlimen, yang sampai berubah negeri pun ada. Tak ka CELAKA punya kerja tu...

BTW, aku dok agak ada benda yang bekas pengerusi SPR ni nak yang dia tak dapat ni, pasai tu masih melalak beraksi macam si 'anjing Umno' ni. Dia tak puas hati lagi la tu, pasai tu dia masih lagi dok kipas Umno BN supaya depa sentiasa ingat kat jasa-jasa dia sebelum ni.

Nota kaki makan cekam:  Tanpa memang prejudis

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...