Kalau tengok ke laporan Utusan tu memang jelas sangat Utusan nak bagitau yang TG Nik Aziz tak mau orang macam Mat Sabu jadi Timbalan Presiden.
Utusan pada kemarin dulu melaporkan:
KOTA BHARU 6 Sept. - Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berharap perwakilan Pas memilih ulama menjadi Timbalan Presiden parti itu dalam pemilihan kepemimpinan baharu yang akan berlangsung pada Muktamar Tahunan Pas Ke-59 bermula 22 November ini.
Nik Abdul Aziz berkata, berlainan dengan jawatan Presiden yang masih memerlukan kepada ilmu dan pengalaman luas Datuk Seri Abdul Hadi Awang, beliau secara peribadi mahu 'orang ulama' menduduki kerusi Timbalan Presiden. - Utusan.
Itu apa yang Utusan laporkan, entah betul ka dak aku tak pasti tapi pasai yang melaporkan tu Utusan berkaitan pemilihan PAS pulak takkan kut kita nak terima bulat-bulat.
Yang cantiknya kalau ada rakaman apa sebenarnya yang TG Nik Aziz kata kat wartawan kelmarin dulu tu, senang semua orang boleh nilai sendiri apa sebenarnya yang TG Nik Aziz kata.
Kalau tengok ke laporan Utusan tu memang jelas sangat Utusan nak bagitau yang TG Nik Aziz tak mau orang macam Mat Sabu jadi Timbalan Presiden.
Dan kemarin mStar melaporkan:
Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu tidak tergugat dengan sokongan Mursyidul Amnya, Datuk Nik Aziz Nik Mat supaya seorang ulama menjadi timbalan presiden parti dalam pemilihan parti akan datang.Utusan kelmarin dulu juga melaporkan:
"Anda perlu membaca keseluruhan konteks kenyataan beliau. Beliau bercakap secara umum dan tidak merujuk kepada saya atau sesiapa," kata Mohamad Sabu, yang lebih dikenali sebagai Mat Sabu kepada The Star Online ketika dihubungi. - mStar.
"Saya berdoa dan minta Haji Hadi (Abdul Hadi Awang) yang banyak pengalaman dan ilmu kalau boleh biar dia teruskan jadi Presiden (tetapi) Timbalan atas undi dan tentulah saya nak orang ulama jadi Timbalan.Walau apa pun yang TG Nik Aziz kata, ianya tak lebih dari sekadar pendapat dan kemahuan peribadi dia yang tentunya bukan ketetapan atau arahan Majlis Syura' yang wajib dipatuhi.
"Semua orang Pas ulama, sedikit atau banyak itu (yang membezakan), mana boleh orang Pas jahil, semua orang Pas ulama belaka cuma taraf ilmu yang ada pada dia sedikit sebanyak itu atas dia, dia mengaji banyak mana, cebur diri dalam masyarakat, berpengalaman dan sebagainya.
"Saya tidak boleh sebut nama orang pilihan saya, orang yang nak jadi Timbalan dia kena calon nama dia, orang nak pilih atau tidak itu terpulanglah kepada ahli, saya tidak boleh sebut nama dia," katanya. - Ibid.
Kalau tanya aku, bukan takat Timbalan malah Presiden pun lagi cantik kalau yang pegang tu walaupun dari golongan 'profesional' tapi berkemampuan menghukum dan berdalil dengan Al-Quran dan Hadith tanpa perlu belek kitab.
Yang paling penting sekali untuk jadi pemimpin no 1 dan 2 perlu ada 'thiqah' yang cukup kuat yang dapat menghadirkan wala' bukan saja dari ahli parti tapi jugak majoriti rakyat Malaysia
Nota kaki makan cekam: Tanpa memang prejudis